Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aspek Keselamatan Perlu Dipatuhi...

SEREMBAN - Pusat madrasah tahfiz yang ingin beroperasi di negeri ini perlu mematuhi...

2 Gempa Bumi Gegar...

NEW DELHI - Dua gempa bumi sederhana menggegarkan Pulau Andaman dan Nicobar pada...

Ekonomi Malaysia Akan Meningkat...

KUALA LUMPUR - Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2015 dijangka kekal berdaya tahan...

Krisdayanti Antara 50 Artis...

KRISDAYANTI, antara 50 artis dan selebriti, termasuk ahli sukan bertanding calon Pilihan Raya...

Jom Serbu Himpunan Saya Anak Mara Pada Ahad Ini

BUAT julung kalinya, Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) bakal menganjurkan ‘Himpunan Saya Anak Mara – Menggenggam Langit Biru’ secara besar-besaran yang akan diadakan pada 15 April ini.

Himpunan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berlangsung dari jam 3 hingga 6 petang di ruang hangar Universiti Kuala Lumpur (UnikL) Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

Namun tidak seperti acara himpunan yang lain, majlis yang bertemakan perpaduan dan merapatkan hubungan golongan kakitangan Mara itu malah turut menjemput warga MUAFAKAT.

Ia meliputi semua ibu bapa, pensyarah dan guru dari institusi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Mara dan Kolej Profesional Mara di seluruh negara.


Tidak ketinggalan Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA), para pelajar dan bekas tajaan Mara dan golongan-golongan usahawan yang turut dijemput bagi memeriahkan acara berkenaan.

Selain menyampaikan beberapa anugerah khas kepada staf dan pelajar, himpunan gergasi itu juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik yang bercirikan alunan kesenian tradisional Melayu, seperti ghazal dan zapin. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARA

Kategori