Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kisah Haji Ali, Bekas...

SEBUAH dokumentari yang menyusuri perjalanan hidup seorang bekas askar Jepun yang masih menetap...

Tiada Lelaki Yang Nak...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Kaka Azraff yang meletakkan sasaran menamatkan status solo sebelum...

Rebut Peluang Biasiswa Untuk...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi beberapa pilihan...

“Selesai Cara Baik,” Shabery...

KEMAMAN - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merayu agar...

Jong-Un Umum Henti Ujian Nuklear Dan ICBM

SEOUL – Semua ujian nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) tidak akan dilaksanakan lagi di Korea Utara.

Media rasmi negara rejim komunis itu hari ini melaporkan, pengumuman penting berkenaan dibuat oleh ketua mereka sendiri, Kim Jong Un.

Serentak dengan itu, Jong Un turut memerintahkan penutupan tapak ujian atom milik Korea Utara.

Deklarasi terbabit yang sekian lama dinantikan Amerika Syarikat (AS) dianggap amat penting dari aspek hubungan diplomatik ke atas Semenanjung Korea serta negara lain di sekitarnya.

Ia dibuat kurang seminggu sebelum Jong Un dijadualkan bertemu pemimpin Korea Selatan, Moon Jae In dalam sidang kemuncak Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua negara dan Presiden AS, Donald Trump.

“Memandangkan aspek persenjataan senjata nuklear ini telah disahkan, kita tidak perlu lagi melaksanakan sebarang ujian nuklear atau melancarkan ujian peluru berpandu jarak sederhana, jarak jauh atau ICBM.

“Misi ujian nuklear Korea Utara telah berjaya disempurnakan,” katanya pada perhimpunan jawatankuasa pusat Parti Pekerja, seperti dilaporkan agensi berita KCNA.


Pyongyang di bawah pemerintahan Jong Un telah melaksanakan pembangunan pesat program senjata, menyebabkan negara itu dikenakan sekatan.

Antaranya oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), AS, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan beberapa negara lain.

Tahun lalu negara berkenaan melancarkan ujian nuklear keenam yang dianggap terkuat dan terbesar setakat ini serta melancarkan ujian peluru berpandu berkeupayaan untuk terbang sehingga ke bahagian utara Amerika. – AFP/BH ONLINE

Kategori