Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Kurang Siuman Hancur...

BESUT - Mayat seorang wanita yang dipercayai kurang siuman ditemui dalam keadaan hancur...

Lori Sampah Di Singapura...

UNIK... Mungkin disebabkan faktor geografi dan sumber manusia, lori sampah di Singapura kini...

PM Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat...

Muhyiddin Harap Isu 1MDB...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap isu 1Malaysia Development...

Jual Sijil Palsu: Reman 3 Lelaki Dilanjutkan

PUTRAJAYA – Tempoh reman tiga lelaki termasuk seorang warga India disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta di negara ini.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan reman ketiga-tiga suspek dilanjutkan mulai esok hingga Ahad selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Menurut laporan media, ketiga-tiga suspek berumur antara 30 dan 34 tahun yang direman lima hari bermula Isnin lepas itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang Ahad lepas di sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sumber SPRM berkata sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan sijil diploma, sarjana muda dan sarjana palsu tanpa memerlukan seseorang mengikuti kursus pembelajaran.

Mereka hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan sijil palsu itu dengan bayaran antara RM2,000 dan RM16,000, bergantung kepada jenis sijil dan IPTS, kata sumber itu.

Semalam, SPRM dilaporkan mereman seorang lagi suspek berumur 34 tahun selama enam hari kerana dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana terdapat banyak syarikat yang menggaji individu yang memiliki sijil palsu ini tanpa menyemak kesahihan sijil yang diberikan.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi penekanan supaya majikan dapat menggajikan individu yang benar-benar berkelayakan untuk sesuatu jawatan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori