MESKIPUN jurang usia mereka adalah 53 tahun, namun pasangan suami isteri di Amerika Syarikat ini mengakui mereka bahagia.
Si isteri, Almeda, sudah berusia 72 tahun manakala suaminya pula, Gary Harwick baru berumur 19 tahun.
Pasangan ini bertemu pada 2016 di sebuah restoran. Selepas dua minggu `berdating‘, Gary telah melamar Almeda dan nenek yang mempunyai beberapa orang cucu itu menerimanya.
Ketika itu, Almeda mengadu dia sudah tidak gembira dengan pasangannya yang berumur 77 tahun.
Gary mendakwa ia adalah cinta pandang pertama, ketika bertentang mata dengan Almeda. Pasangan itu kini menetap di Tennessee.
“Usia hanya angka. Saya kini gembira kerana dapat bersama teman hidup saya. Kami bertemu dan kemudian saya tengok ke dalam matanya lalu saya terus jatuh cinta,” kata Almeda.
Manakala Gary pula memberitahu dia tidak terkesan dengan perbezaan usia mereka malah mengakui dia lebih matang berbanding usia sebenar.
“Saya tidak pernah tertarik dengan perempuan muda malah masa saya berusia 13 atau 14 tahun, saya selalu terpikat dengan wanita yang lebih tua daripada saya,” katanya.
Bagaimanapun anak lelaki Almeda tidak bersetuju dengan perkahwinan ibunya dan dia kini tidak lagi bertegur dengan Almeda selepas wanita itu bertemu dengan Gary.
Manakala cucu-cucu Almeda pula pada awalnya sukar menerima keadaan terbabit namun akhirnya mereka menerima juga realiti bahawa Gary adalah datuk tiri mereka. – MYNEWSHUB.CC