Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bantuan Kerajaan Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Bantuan daripada kerajaan kini diagihkan dengan lebih tersusun berbanding diberi...

Awasi Anak-Anak, Elak Pengaruh...

ARAU -Ā Raja MudaĀ PerlisĀ TuankuĀ SyedĀ FaizuddinĀ PutraĀ JamalullailĀ hari ini mengingatkan ibu bapaĀ agar mengambil beratĀ sertaĀ memantauĀ anak-anakĀ masing-masingĀ bagiĀ mengelakkan merekaĀ terpengaruhĀ denganĀ dakyah kumpulanĀ militan yang disebarkan...

Mahkamah: Dua Lelaki Didakwa...

KANGAR - Seorang pembantu jurukimpal dan seorang juruteknik kilang didakwa di Mahkamah Majistret...

Video: Lenovo Perkenalkan Produk...

SEOLAH-OLAHƃā€šĆ‚Ā Lenovo tidak berpuas hati dengan hanya membuat telefon pintar, smartwatches, tablet dan komputer...

Jurukimpal Cilik 13 Tahun Bantu Bapa Di Bengkel

CHUKAI – Biarpun baru sahaja berusia 13 tahun, siapa sangka remaja dari Kampung Gong Limau, dekat sini, mahir dalam teknik menyembur dan kimpalan.

Ashri Iman Hanafi Firdaus berkata, dia mempelajari kemahiran itu daripada bapanya Firdaus Mohamad, 33, sejak berusia 10 tahun.

ā€œSaya terbiasa dengan pekerjaan ini, maklumlah saya membantu bapa di bengkel selepas pulang sekolah.

ā€œBermula dengan teknik mengukur dan memotong besi, saya kemudian mempelajari teknik menyembur dan mengecat sebelum dilatih mengimpal besi.

ā€œPada usia 11 tahun saya menjadi jurukimpalan di bengkel bapa, tetapi memandangkan ia berisiko bapa hanya menyerahkan tugas menyembur kepada saya,ā€ katanya.

Ashri Iman Hanafi berkata, dia meminati bidang kemahiran dan pertukangan sejak berusia tujuh tahun.

ā€œSejak kecil saya didedahkan dengan pekerjaan di bengkel, justeru saya minat dan ingin mempelajarinya.

ā€œBagi orang yang tidak minat, ia dilihat sukar dipelajari tetapi pada saya ia sangat mudah dan menyeronokkan,ā€ katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al Falah.

Beliau berkata, dia bercita-cita menjadi pengurus bengkel pertukangan seperti bapanya.


ā€œBiarpun bapa memiliki bengkel namun saya tidak ingin bergantung pada bengkel bapa kerana ingin memiliki bengkel sendiri,ā€ katanya.

Menurutnya, biarpun sudah menguasai beberapa kemahiran namun dia bertekad ingin meningkatkan kemahiran dimiliki.

ā€œIlmu kemahiran itu tiada had, ia perlu dipelajari dari semasa ke semasa dan kemahiran diasah supaya hasil kerja sempurna,ā€ katanya.

Sementara itu, Firdaus berkata, dia menyedari bakat semula jadi anaknya sejak berusia sembilan tahun.

ā€œSelain bakat, Iman mempunyai minat mendalam terhadap ilmu kemahiran justeru apabila diberi tunjuk ajar dia cepat memahami dan menguasai kemahiran itu,ā€ katanya. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori