Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Hadiah Kasut Kepada...

WASHINGTON – Tindakan dua anggota polis yang menghadiahkan sepasang kasut kepada seorang budak...

PRN Johor: Parti Politik...

JOHOR BAHRU: Beberapa parti politik berharap mereka diberi ruang dan peluang untuk menjalankan...

Saksi Utama Kes Raymond,...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan pembabitan polis Cawangan Khas Bukit Aman dalam kehilangan...

Penurunan Penarafan Fitch Tak...

KUALA LUMPUR - Unjuran negatif oleh agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings, terhadap prospek...

Jurulatih Muda Malaysia Bakal Buat Penampilan Sulung

KUALA LUMPUR – Seorang jurulatih muda dari Malaysia akan membuat penampilan sulung dalam acara bola sepak antarabangsa di Moscow yang bakal menghimpunkan kanak-kanak dari 211 negara di seluruh dunia.

Gazprom, rakan rasmi FIFA dan Piala Dunia FIFA 2018, mengumumkan pembukaan musim keenam Projek Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F), dan ia dilancarkan di Malaysia buat kali pertama.

Dalam satu kenyataan dari Gazprom hari ini, matlamat program itu adalah untuk melibatkan generasi muda di seluruh dunia dalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan rakan sebaya mereka melalui persahabatan, kesamarataan, keamanan serta menghormati budaya dan negara berbeza.

Kenyataan itu berkata duta muda dari Malaysia itu akan terlibat sebagai ‘jurulatih muda’ dalam Pasukan Persahabatan Antarabangsanya.

“Sebanyak 32 Pasukan Persahabatan Antarabangsa dibentuk semasa undian terbuka dijalankan, serta menentukan posisi pemain muda daripada setiap negara (penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan penyerang).

“Kesemua 32 pasukan berkenaan akan bersaing pada Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan pada 12 Jun,” kata kenyataan itu.


Selepas Kejohanan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan itu, barisan duta muda berkenaan akan bertemu dalam acara penting, Forum Kanak-Kanak Bola Sepak untuk Persahabatan Antarabangsa kali keenam, dengan mereka berbincang cara-cara mempromosi nilai-nilai utama program berkenaan di seluruh dunia.

“Semasa Kem Persahabatan Antarabangsa, pemain-pemain muda di bawah bimbingan jurulatih muda dan dipantau pemain-pemain terkemuka dunia akan mempelajari nilai-nilai utama F4F melibatkan sembilan nilai,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada FIFA dan Gazprom atas jemputan tersebut.

“Ini kali pertama Malaysia akan menghantar wakil untuk menyertai program F4F, dan kita berharap jurulatih muda terpilih akan memberi sumbangan bermakna melalui program berkenaan dan membawa pengetahuan dan pengalaman berharga itu kembali ke negara kita,” katanya dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori