Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Industri Pelancongan Tidak Terjejas...

KEMAMAN - Industri pelancongan negara setakat ini tidak terjejas meskipun sudah terdapat satu...

Remaja Mengaku Tak Bersalah...

MELAKA - Seorang remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh...

Kementerian Kesihatan Cadang Beli...

TEMERLOH - Kementerian Kesihatan bercadang membeli aset untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat...

Wanita Buang Bayi Dalam...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang sengaja membuang mayat bayinya ke dalam tong...

Jutawan Dikebumikan Bersama Barang Kemas

SEORANG jutawan hartanah yang meninggal dunia akibat ditembak, telah dikebumikan bersama-sama dengan barang kemasnya yang bernilai RM380,000.

Ia sesuai dengan imejnya yang suka memakai perhiasan emas ketika masih hidup.

Sheron Sukhedo, 33, meninggal dunia akibat ditembak di luar rumah mertuanya di Trinidad & Tobaga minggu lepas.

Mayatnya dimasukkan ke dalam keranda berharga RM193,000.

Sebelum dimasukkan ke dalam keranda, dia juga disiram dengan wain manakala kasut Timbeland miliknya juga diletakkan dalam keranda itu, bagi menunjukkan kehidupan mewahnya sebelum ini.


Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kematian Sukhedo. Kemungkinan besar ada kaitan dengan keluarganya.

Bagaimanapun sejak bertahun-tahun lalu, kumpulan samseng Rasta City sudah merancang pembunuhannya walaupun Sukhedo diberikan perlindungan oleh kumpulan lain yang merupakan pesaing kepada Rasta City.

Malah dua tahun lalu, dia terselamat daripada cubaan bunuh. Isteri Sukhedo kini dirawat di hospital akibat masalah kesihatan manakala dua anaknya dijaga oleh keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori