Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KJ: Sambutan Kepulangan Atlet...

SAMBUTAN kepulangan wira dan wirawati Paralimpik akan disambut secara besar-besaran pada 22 September...

“Bukan Salah McD,” Kata...

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang...

Malaysia Tempat Pertama Global...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam Global Travel Index pada tahun...

Beras Asli VS Beras...

BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi tentang kewujudan beras...

KA TAZ Bendung Penculikan, Pencerobohan

SANDAKAN – Sejak beroperasi pada Mei 2015, Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memainkan peranan penting dalam membendung kejadian penculikan serta pencerobohan di perairan timur Sabah.

Panglima Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob berkata kapal ini beroperasi sebagai pangkalan laut ditempatkan di kawasan strategik perairan Sandakan iaitu di sempadan perairan dengan Filipina dan telah memberikan peningkatan keberkesanan operasi.

Katanya secara amnya, kehadiran KA TAZ membolehkan operasi dilaksana lebih berkesan dan mengikut rekod sejak Mei tahun lepas, tiada isu berkaitan kes penculikan yang berlaku dan begitu juga kes jenayah rentas sempadan berkurangan di perairan timur negeri ini.

Operasi di timur Sabah secara keseluruhan dikendalikan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan TLDM, satu daripada agensi menyumbang dalam pelaksanaan operasi di kawasan wilayah laut dua di bawah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), katanya.

Beliau ditemui pada Program Interaksi TLDM Bersama Pemimpin dan Media Tempatan di KA TAZ di perairan Sandakan, semalam.

Hadir sama, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 Brig Jen Zarondin Md Amin dan Ketua Staf Markas Mawila 2 Kept Zahari Samsuri.

Menurutnya terdapat dua pangkalan laut di perairan timur negeri ini yang mana satu lagi adalah Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna.


Terdahulu, Pegawai Pemerintah TLDM pertama kapal itu Komander Mohamad Hafiz Faisal dalam taklimatnya berkata sejak kapal itu beroperasi, ia telah memberi impak positif kepada masyarakat komuniti maritim memperoleh pendapatan sebagai nelayan.

Katanya ia hasil pengoperasian KA TAZ yang berjaya meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perairan khususnya di daerah ini yang bersempadan dengan perairan Filipina.

Menurutnya KA TAZ telah ditambah baik mengikut spesifikasi dan keupayaan TLDM untuk diatur gerak bagi tujuan pengoperasian dan pertahanan negara termasuk dilengkapi pad pendaratan helikopter, Pasukan Tindakan Cepat dan bot pemintas, katanya.

Beliau berkata kapal ini dengan panjang 100 meter dan lebar 20 meter mampu mencapai kelajuan sehingga 16.5 knot. – BERNAMA

Kategori