Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peminat Mahu Raja Afiq...

GARA-GARA sering memuat naik gambar aksinya di gimnasium, pelakon Raja Afiq yang popular...

Trafik Perlahan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR – Trafik di beberapa laluan lebuh raya utama bergerak perlahan setakat...

RUU Peringkat Jawatankuasa 3...

KUALA LUMPUR - Tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) di peringkat jawatankuasa...

Insa, Corbin-Ong Antara 15...

KUALA LUMPUR - Dua pemain berdarah campuran dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT),...

Kad Bantuan Teksi Diaktifkan Selepas Diambil Pemandu

KUALA LUMPUR – Kad Bantuan Teksi 1Malaysia akan diaktifkan hanya selepas diambil pemandu teksi untuk pembelian petrol dan NGV sehingga RM800 di stesen-stesen Petronas di seluruh negara, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurut SPAD ribuan pemandu teksi telah mengambil kad masing-masing selepas ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 April lepas.

“Malah, semua kad itu diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu teksi,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini bagi menjawab dakwaan kononnya para pemandu teksi berang kerana kad bantuan itu dikatakan akan diberikan selepas pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu, SPAD memberi amaran ia akan membuat laporan polis jika berita tidak benar itu terus disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

SPAD juga meminta para pemandu teksi supaya tidak bimbang kerana pihaknya telah menyediakan 67,000 kad bantuan berikutan sambutan menggalakkan terhadap inisiatif itu.

Pemandu teksi diberi tempoh tiga bulan bermula 16 April sehingga 16 Julai depan bagi mengambil kad bantuan itu dari pejabat-pejabat cawangan SPAD.


“Segala urusan pengambilan adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari kelepasan am setempat.

“Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP),” kata suruhanjaya itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

Kategori