SELEBRITI terkenal tanah air, Fasha Sandha sekali lagi menarik apabila penampilan personaliti ini menjadi bahan perbalahan dalam kalangan netizen.
Menerusi ruangan komen di sebuah entri di Instagram milik Fasha, penampilan pelakon ini menjadi perbalahan ramai kerana menggayakan pakaian yang mempunyai corak serupa dengan aktres, Nora Danish.
Enggan terus melatah dan memanjangkan hal tersebut, Fasha tampil menjelaskan perkara sebenar dan berharap agar segalanya terjawab selepas ini.
Menurut Fasha, dia pernah memakai baju tersebut pada Januari lalu malah mengakui tidak kisah sekiranya penampilan dirinya sama dengan orang lain.
“Obviously saya pakai empat bulan lalu pada Januari ada saja kat Insta saya. Aiyo kalau sama-sama nak pakai pun apa masalahnya.
“Followers oh followers. Tolong unfollow saya boleh? It’s okay la kalau sama-sama pakai baju H&M apa salahnya. Do some research sebelum komen. Terima kasih,” kata Fasha.
Tambah Fasha, dia sendiri mengakui pelik dengan sikap segelintir netizen sedangkan dirinya tidak pernah tidak pernah mempersoalkan mana-mana pihak yang mempunyai baju sama sepertinya.
“Kita tak pernah pertikaikan bila orang pakai baju sama dengan kita. Move on please followers. Kami berdua pun sama-sama dah move on. Tolonglah,” ujar Fasha.
Sehubungan itu, Fasha meminta agar netizen tidak menjadi batu api dan berharap melupakan perkara yang sudah berlalu kerana dia dan Nora juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing. – MYNEWSHUB.CC/AM