Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aplikasi Mudah Alih Nasional...

KUALA LUMPUR - Aplikasi Mudah Alih Nasional yang membolehkan pelbagai perkhidmatan digital diakses...

Penjara, Denda Jual Rokok...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas termasuk penjara dan denda jika...

PAS Selar Tindakan Biadab...

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan...

319 Calon SPM Terjejas...

KUALA TERENGGANU: Seramai 319 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di...

“Kami ‘Threesome’ Dengan Ivana Sebelum Dia Mati”

KUALA LUMPUR- Ahli perniagaan warganegara Amerika Syarikat dan isterinya yang berbangsa Kazakhstan telah mengakui mengadakan hubungan seks secara ‘threesome’ bersama-sama Ivana Smit beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.

Ivana,18, ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di balkoni tingkat 6 pangsapuri kediaman pasangan suami isteri tersebut pada 7 Disember tahun lalu.

Ahli perniagaan itu, Alex Johnson,44 dan isterinya Luna,31, memberitahu akhbar Britain Daily Mail bahawa mereka berdua telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan Ivana beberapa minggu sebelum model itu ditemui mati dan juga beberapa jam sebelum kejadian itu berlaku.

Menurut pasangan itu, mereka mengenali Ivana di sebuah kelab malam pada 31 Oktober tahun lalu, dan sejak itu mereka bertiga saling berbalas pesanan ringkas menggoda antara satu sama lain melalui grup aplikasi WhatsApp.

November lalu, pasangan itu telah meninggalkan anak mereka kepada pengasuh supaya nereka dapat menghabiskan masa dengan Ivana di sebuah hotel lima bintang di ibu kota.

“Kami mempunyai hubungan yang mesra. Apabila kami bertiga bersama-sama, saya rasa rasa seperti telah mengenal dirinya bertahun-tahun. Ivana memberitahu umurnya 26 tahun. Saya tidak pula mempersoalkan kenyataannya itu,” kata Luna kepada Daily Mail.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Ivana merupakan pengguna dadah dan sering mengambil kokain dan pil ecstasy, kata seorang pekerja kelab malam.


Alex dan Luna turut berkata mereka tidak bersalah dalam kematian Ivana, dan menyifatkan insiden tersebut sebagai sebuah kemalangan tragis.

Namun, mereka berdua masih menerima ugutan bunuh dan juga ugutan untuk menculik anak perempuan mereka yang berusia lima tahun.

Bedah siasat oleh ahli patologi Belanda Dr. Frank van der Goot mendapati kesan lebam pada lengan Ivana, yang memberikan kemungkinan bahawa pergelutan telah berlaku sebelum dia terjatuh ke atas balkoni tersebut.

Hasil autopsi mendapati terdapat dadah kokain dan para-methoxymethamphetamine (pMMA) dikesan di dalam sistem si mati.

Kes Ivana ini telah dibuka semula oleh balai polis Dang Wangi berikutan tuduhan kejadian yang mencurigakan menyelubungi kematiannya oleh ahli keluarga Ivana. –MYNEWSHUB.CC

Kategori