Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kontinjen Para Asia Dibantu...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi...

Pendedahan Latheefa: Wajar Peguam...

SEMUA sudah. Peguam kanan, kiri, tengah sudah memberi ulasan masing-masing.Cuma yang belum setakat...

Pindaan Akta Pembangunan Sukan,...

PUTRAJAYA - Akta Pembangunan Sukan 1997 mungkin akan dipinda bagi memberi lebih banyak...

Pusat Pemindahan Banjir Akan...

PASIR MAS - Pusat pemindahan banjir akan dibuka lebih awal jika sesebuah kawasan...

Kanak-Kanak 10 Tahun Dibunuh Penculik Di Kemboja

GARA-GARA tidak berjaya mendapatkan wang tebusan seorang penculik sanggup membunuh seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun yang tidak berdosa di bandar Poipet Banteay Meanchey.

Lapor Khmer Times, melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di luar sekolah, Sot Chhun Ey, 10 telah diculik selepas tamat sesi persekolah sekitar jam 4 petang Jumaat lalu.

Mangsa telah dibawa menggunakan motosikal menuju ke sebuah bilik yang telah disewa di bandar Poipet dan diikat menggunakan kain.

Menurut Penolong Pegawai Polis Kedaerahan, Brigadier General Om Phearum, berkata, Chhuan telah dicekik sehingga mati oleh suspek sehari selepas penculikan.

“Ketika menelefon ibu bapa mangsa untuk mendapatkan wang tebusan, mangsa mula menjerit dan cuba melarikan diri dari penangkapan.

“Pada ketika itu, suspek berada dalam keadaan panik lalu mencekik mangsa sehingga mati,” katanya.


Mayat mangsa telah dibungkus ke dalam plastik dan mahu dibuang pada lewat malam.

Walau bagimanapun, pihak polis telah berjaya menemui lokasi suspek dan menahannya untuk dibawa ke balai polis bagi soal siasat.

Dimaklumkan bahawa suspek membunuh mangsa kerana pihak keluarga tidak mahu memberikan wang tebusan sebanyak $4,000 (RM15,473).

Suspek telah dipenjara dan akan dihadapkan ke Mahkamah Banteay Meanchey Province untuk perbicaraan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori