Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pencemaran Toksik: Petugas Media...

PASIR GUDANG - Setelah lebih seminggu petugas media 'berkampung' di Pusat Gerakan Jawatankuasa...

PBB Group Tidak Bincang...

KUALA LUMPUR - PPB Group Bhd. hari ini mengesahkan ia tidak membincangkan mengenai...

76 Premis Keagamaan Gagal...

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati 76 daripada 230...

17 Remaja Ditahan Bantu...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 remaja termasuk tiga perempuan bagi membantu siasatan...

Kawasan Pusat Pendaftaran Pengundi Afghanistan Dibom

KAWASAN pusat pendaftaran pengundi di ibu kota Afghanistan digemparkan dengan pengebom berani mati yang telah meletupkan diri dalam serangan terbaru terhadap persiapan pilihan raya yang bakal tiba.

Lapor The Guardian, Ketua Polis Kabul, Dawood Amin memberitahu, pengebom bunuh diri itu mensasarkan orang awam yang berkumpul untuk menerima kad pengenalan kebangsaan.

“Ia berlaku di pintu masuk pusat itu. Ia adalah serangan nekad,” katanya.

Seramai 31 orang telah maut dalam insiden berkenaan manakala 54 lain cedera ketika berada di kawasan tersebut.

Penduduk hadir ke pusat berkenaan untuk berdaftar mendapatkan sijil pengenalan, yang diperlukan untuk mengundi.

Ledakan bom bergema di seluruh bandar telah menghancurkan tingkap dengan kaca yang bertaburan di kawasan serangan dan merosakkan beberapa kenderaan berdekatan.


Polis menyekat semua jalan ke lokasi letupan dengan membenarkan ambulans sahaja yang masuk. Ratusan warga Afghanistan telah berkumpul di hospital berdekatan mencari maklumat tentang orang yang tersayang.

Penduduk yang marah menjeritkan ‘mati kerajaan’ dan ‘mati taliban’.

Serangan baru-baru ini memberi amaran dan menzahirkan kebimbangan yang semakin menebal mengenai keselamatan dalam pilihan raya legislatif yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober akan datang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori