Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Azeez Dibebaskan, Selesai...

PUTRAJAYA – Anak lelaki seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO, Abdul Azee Rahim yang...

Kim Swee Senarai 23...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee...

Seronok Melantak Hidup Samun...

SEKADAR fenomena walaupun isunya hanya cerita lama. Ia bukan isu poligami. Isunya ialah...

3 Warga Myanmar Dipenjara...

KUALA LUMPUR Tiga warga Myanmar termasuk seorang remaja perempuan hari ini dihukum penjara...

KBS Tiada Halangan E-Sukan Sebagai Sukatan Pelajaran

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan pada dasarnya tiada halangan terhadap cadangan menjadikan e-sukan sebagai satu sukatan pelajaran atau kokurikulum di sekolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri M. Saravanan berkata ini memandangkan bidang berkenaan sedang meningkat naik dan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Majlis Olimpik Asia menyenaraikan sukan itu di temasya Sukan Asia Hangzhou, China pada 2022.

“Perkara ini perlukan penelitian dari segi pelaksanaan bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan dalam melahirkan atlet serta penggiat e-sukan profesional pada masa hadapan,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu perkembangan cadangan kerajaan menjadikan e-sukan sebagai kokurikulum sekolah.

Bagaimanapun, Saravanan berkata perkara itu tertakluk kepada Kementerian Pendidikan kerana ia melibatkan sukatan pelajaran sekolah.

Saravanan berkata buat masa ini, kementerian melalui Majlis Sukan Negara telah menubuhkan Unit Sukan Elektronik dan bekerjasama dengan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dalam merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi melatih lebih ramai atlet bagi sukan itu.

“Kerjasama ini juga turut membincangkan penyelarasan semua aktiviti e-sukan dalam negara termasuklah penganjuran kejohanan di peringkat kebangsaan dan dijangka menyertai temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada masa akan datang,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata kini terdapat lebih 30 institut pengajian tinggi yang telah menubuhkan kelab e-sukan dan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh agensi e-sukan.

Katanya, ia termasuk Universiti Tenaga Nasional, Taylor’s University, Universiti Selangor, Multimedia University dan Monash University.

Tambahnya, antara atlet e-sukan yang telah mencipta nama dalam sukan berkenaan ialah Chai Yee Fung (pemain Dota terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara), Aiman Azham (pemain Counter Strike terkenal di Malaysia dan pemain terbaik Asia Tenggara) serta Amirul Afandi (Juara FIFA Malaysia dan Asia Tenggara). – BERNAMA

Kategori