Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beli Tanah RM2 Bilion:...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan pegawainya yang terlibat dalam urus...

Imigresen Selangor Tahan 169...

SHAH ALAM - Seramai 169 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu...

Gaza Jadi Zon Maut,...

NEW YORK - Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang 'tidak berperikemanusiaan' kini berlaku di...

Komander, 2 Beradiknya Ditahan...

KUANTAN - Polis menahan seorang pegawai sebuah agensi penguatkuasaan berpangkat komander yang dipercayai...

Kedai Roti Mahathir Pun Tutup, Ada Hati Urus Negara!

GAGAL LAGI… Khabarnya ramai netizen propembangkang gempar apabila kedai roti premium, The Loaf, milik Tun Dr. Mahathir Mohamed terpaksa tutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Pemberhentian operasi tersebut hanya disiarkan menerusi satu notis yang dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk para pelanggan mereka tetapi ia mula berkuat kuasa pada 12 April.

Notis itu namun tidak menyatakan sebab ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utama dan merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan yang diberikan mereka selama ini.

The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn. Bhd., perniagaan usaha sama antara Mahathir dan Motoko Resources Sdn. Bhd. dengan Mahathir sendiri memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat bakeri tersebut.

Malangnya, berita penutupan itu cuba diputar belit penyokong antikerajaan dengan dakwaan palsu konon Barisan Nasional (BN) pula terlibat dalam usaha menghancurkan perniagaan yang cenderung kepada Pakatan Harapan!

Begitulah propaganda tohmahan jahat puak tersebut demi cipta persepsi negatif dan hasut rakyat benci kerajaan BN diterajui UMNO walhal perkara itu lebih kepada strategi perniagaan pemiliknya yang gagal berdaya saing ketika ini.

“Pada asasnya, tidak mungkin untuk teruskan. Ada begitu banyak bisnes dan pesaing yang sama. Mereka pun tidak dapat keuntungan cukup baik,” ini alasan diberi oleh Andrew Heng bagi pihak Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd.

Syarikat itu memiliki saham 49 peratus saham dalam The Loaf. Peliknya jika sudah tahu rugi dalam pasaran roti kenapa sekarang hendak ditutup? Bila dekat pilihan raya baru hendak ditutup? Kenapa tidak tutup sebelum ini?

Baca: Mahathir Malu Nafi Ada Saham The Loaf Walhal…

Adakah ia sengaja buat begitu untuk mengelirukan masyarakat? Sama jugalah dengan penubuhan PPBM. Pada awal hendak tubuh parti bunga itu, cakap konon ada enam juta orang akan masuk, majoriti didakwa ahli UMNO sendiri.


Akhir sekali, ramai pula yang keluar PPBM. Hendak buat mesyuarat peringkat cawangan pun tidak mampu dan akhirnya bakal dibubarkan tidak lama lagi kerana terbukti berjaya melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Ini belum lagi termasuk kegagalan banyak projek mega ketika era Mahathir antaranya kilang besi Perwaja, syarikat timah Maminco, Malaysia Airlines, Proton waima urus niaga mata wang asing RM31.5 bilion Bank Negara Malaysia.

The Loaf mula buka premis di Telaga Harbour, Langkawi, Kedah pada 2006 dengan pelaburan sebanyak RM3 juta sebelum berkembang sehingga 12 cawangan antaranya di pusat beli belah suria KLCC, Pavilion dan Sogo di ibu kota.

Sementara itu, salah seorang pekerja kedai roti tersebut, yang menggunakan nama profil little bald head@imannwu berkongsi perkembangan bagaimana The Loaf terpaksa ditutup secara mendadak menerusi laman sosial Twitter.

Beliau berkata semua pekerja langsung tidak mengetahui mengenai penutupan operasi kedai premium itu dan tiada notis diberikan lebih awal, sebaliknya mereka hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan pada hari kejadian.

Bagaimanapun ujarnya, pihak pengurusan The Loaf ada memaklumkan yang semua pekerja kemungkinan akan diberikan pampasan berikutan penutupan perniagaan itu secara tiba-tiba. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori