Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

“Jangan Ada Campur Tangan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada...

Mayat Lelaki Myanmar Lemas...

NIBONG TEBAL - Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang terjatuh ke dalam tali...

Salah Saya? Sudah Berbulan...

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah...

OKU Maut Terperangkap Dalam...

IPOH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan mati dipercayai terperangkap dalam...

Kejayaan Azroy Sudah Dijangka – Amirul Hamizan

ROMPIN – Kejayaan Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad meraih pingat emas dalam kategori 56kg sudah dijangka, kata pengurus pasukan angkat berat negara Amirul Hamizan Ibrahim.

Menurutnya, keadaan fizikal dan emosi Azroy amat baik hari ini dan semangat untuk menang yang ditunjukkan atlet dari Rompin itu juga tinggi dan dizahirkan melalui kejayaannya mengungguli acara snatch pagi tadi.

“Kita yakin dia (Azroy) mampu menang tetapi tetap ingatkan agar lebih berhati-hati sebelum acara bermula kerana kita nampak pesaing dari India dan Sri Lanka juga hebat.

Jika diikutkan, Azroy tidak mempunyai sebarang masalah sebab dah biasa berlatih…cuma bimbang jugalah kalau dia berada dalam tekanan sebab bertanding pada temasya berskala besar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Amirul turut bangga dengan kejayaan atlet di bawah jagaannya itu memecahkan dua rekod Sukan Komanwel miliknya dalam acara snatch dan keseluruhan.

Azroy melakukan angkatan 117kg dalam acara snatch mengatasi rekod 116kg Amirul pada Sukan Komanwel New Delhi 2010, 144kg dalam clean and jerk dan 261kg dalam acara keseluruhan yang memecahkan rekod Amirul di Manchester 2002.

Sementara itu, kejayaan Muhammad Azroy hari ini turut dirai jurulatih Angkat Berat Pahang, Sapri Ab Latif.


“Azroy memang dikenali sebagai seorang atlet yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta sangat berdisplin dan berjaya meraih banyak pencapaian sejak menyertai Sukma Pahang 2012.

Azroy mewarisi minat dan kesungguhan bapanya, Izhar Ahmad Ramli, 46, yang juga atlet angkat berat negeri Pahang pada tahun 90-an.

“Bakatnya mula dikesan Zainuddin Joseph yang kini bertugas sebagai jurulatih angkat berat negeri Terengganu sejak beliau berusia 14 tahun lagi dan bermula detik itu Azroy mula mengikuti latihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya.

Katanya kejayaan Azroy merupakan satu kebanggaan untuknya dan warga Pusat Angkat Berat Rompin malah seluruh rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin semangat kepada atlet pelapis yang sedang dibentuk di daerah ini. -BERNAMA

Kategori