Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

“Kami Mahu Gagalkan Konspirasi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang keluar daripada parti...

Ketua Jurulatih Harimau Malaya...

JOHOR BAHRU - Nama ketua jurulatih skuad bola sepak negara yang baharu akan...

PKR Cuma Hantar Naib...

ALOR SETAR - Muktamar PAS Ke-63 yang berlangsung di Kompleks PAS Negeri Kedah...

Abang Johari Tampil Banyak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg berjaya...

Kelambu Cegah Jangkitan Malaria Berjaya Dicipta

LONDON – Sekumpulan ahli sains berjaya mencipta sejenis kelambu yang mampu menghalang serangan nyamuk pembawa penyakit malaria.

Evolusi nyamuk pembawa penyakit malaria membolehkan mereka kebal daripada sebarang racun serangga dan ia dikesan semakin menular di benua Afrika, sekali gus mengancam jutaan nyawa manusia.

Bagi mengatasi ancaman ini, sejenis kelambu dilengkapi dengan bahan kimia dikenali sebagai ‘piperonyl butoxide‘ dicipta dan ia dilihat mampu menghalang serangan serangga yang kalis racun serangga dari jenis ‘pyrethoid‘.

Kajian membabitkan lebih 15,000 kanak-kanak di Tanzania membuktikan bahawa kelambu berkenaan berjaya mengurangkan serangan penyakit malaria sebanyak 44 dan 33 peratus untuk dua tahun pertama berturut-turut.

Ini berbanding penggunaan kelambu yang hanya dilengkapi ‘pyrethoid’. Kejayaan itu disiarkan majalah The Lancet dan mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan penggunaan alat terbabit secara lebih luas.

Ketua kajian berkenaan, Dr. Natacha Protopofoff dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London berkata, terdapat keperluan yang amat kritikal untuk mereka berada setapak lebih maju dari nyamuk kalis racun serangga.


Penggunaan kelambu yang dilengkapi racun serangga berjaya mengurangkan kadar kematian akibat serangan malaria namun selepas beberapa lama ia tidak lagi menunjukkan kejayaan memberangsangkan.

Statistik terkini WHO menunjukkan sejumlah 216 penduduk dunia telah dijangkiti penyakit itu pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak lima juta berbanding tahun sebelumnya dan meragut 445,000 nyawa.

Jumlah itu hampir sama pada tahun 2015. Justeru penciptaan kelambu berkenaan diharap memastikan kejayaan memerangi malaria dapat diteruskan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori