Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Presiden PKR Jujur Atau...

BEKAS ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin memohon penjelasan presiden parti itu,...

Mangsa Banjir Mohon Astro...

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul."Nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir...

Sukan SEA: Skuad Bawah...

MELAKA - Skuad bawah 23 tahun kebangsaan memilih China bagi menjalani latihan persiapan...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA...

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA, Rohayah Mohd Zain hari ini menyatakan pinjaman pelajar...

Kematian Daud Kehilangan Besar UMNO Selangor

SHAH ALAM – Kematian bekas anggota Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep awal pagi tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada UMNO Selangor.

Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau mengenali Mohd Daud sebagai seorang yang tabah dan lasak dalam menghadapi cabaran dalam dunia politik.

“Arwah merupakan seorang yang sabar dan dedikasi dalam kerjanya, beliau menghadapi pelbagai cabaran dan berkat kesabarannya, beliau dapat menjadi Anggota Parlimen Kuala Selangor pada 2004.

“Walaupun hanya sepenggal dia (Mohd Daud) menjadi anggota Parlimen, beliau telah memberikan khidmat yang terbaik kepada penduduk di sana,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menunaikan solat jenazah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Mohd Daud, 66, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak pada pukul 2.49 pagi tadi akibat komplikasi jantung selain menghidap kencing manis dan kanser usus.

Jenazah Mohd Daud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Allahyarham yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Menteri Penerangan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, meninggalkan seorang isteri, Zuraidah Abdul Halim dan tujuh orang anak.


Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata Mohd Daud merupakan antara individu yang banyak memberikan nasihat kepadanya bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik.

“Arwah banyak berpesan kepada saya, memberi semangat ketika saya mula menjadi calon untuk kawasan Parlimen Kuala Selangor, malah beliau juga amat mengambil berat kebajikan penduduk di sana (Kuala Selangor),” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Sebelum beliau ke Perak untuk berubat, beliau ada menghubungi saya agar menjaga penduduk Kuala Selangor dan rakan-rakan,” kata Irmohizam. – BERNAMA

Kategori