Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lebih 20 Juta Guna...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa...

Pemandu Toyota Alphard Bebas...

PETALING JAYA – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan...

Kemudahan Johor WiFi Diperluaskan...

PONTIAN - Kerajaan Johor akan memperluaskan kemudahan jalur lebar tanpa wayar, Johor WiFi...

“Hanya Puteri Najwa Bekas...

Mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut atau sekadar berkias dalam kenyataannya sebelum ini,...

Kembalikan Kertas Undi Pos Sebelum 5 Petang 9 Mei

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih perlu segera menghantar semula kertas undi ke Pegawai Pengurus pusat mengundi masing-masing bagi memastikan ia diterima sebelum 5 petang pada 9 Mei.

Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Penjalanan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Sarif Hassan berkata pengeluaran kertas undi pos bagi pengundi pos dalam negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) di luar negara akan diproses oleh Pegawai Pengurus (RO) dan disaksikan wakil calon, selepas selesai proses penamaan calon.

Penamaan calon PRU14 ditetapkan pada 28 April, pengundian awal pada 5 Mei dan pengundian pada 9 Mei.

Katanya RO bahagian pilihan raya yang mempunyai pengundi pos termasuk PTH akan mengeluarkan kertas-kertas undi pos berkenaan seawal mungkin walaupun ada cuti umum Hari Pekerja 1 Mei.

“Keutamaan pengeluaran kertas undi pos akan mendahulukan kertas undi kepada PTH luar negara kerana ia perlu melalui proses penghantaran yang bergantung kepada khidmat kurier dan penerbangan ke destinasi pengundi.

“Tempoh kertas undi pos sampai ke tangan pengundi (PTH) ini berbeza-beza mengikut lokasi bergantung kepada jarak dan penerbangan ke destinasi. Kertas undi akan dihantar terus ke alamat yang dikemukakan pengundi dalam Borang 1B.

“Oleh itu, jangan lengah-lengah. Sejurus terima, lengkapkan Borang 2 dan pangkah kertas undi dan segerakan penghantaran sampul balik ke Malaysia. Jika lengah, risiko untuk kertas undi tak sampai ke RO masing-masing tinggi. Sampul kertas undi mesti sampai kepada RO sebelum 5 petang,” katanya kepada Bernama di sini.

Terdapat 3,653 pemilih PTH berdaftar di luar negara yang terdiri daripada penjawat awam dan penuntut sepenuh masa serta pasangan mereka pda PRU14.

Permohonan paling banyak diterima dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Jerman.

Mohd Sarif berkata jumlah sebenar pengundi pos belum diketahui.


Jumlah pengundi pos menggunakan Borang 1A iaitu anggota tentera dan polis, petugas media dan petugas pilihan raya yang bertugas pada hari pengundian hanya akan diketahui selepas tarikh permohonan ditutup pada 28 April manakala pengundi pos Borang 1C meliputi sembilan agensi pada 23 April ini.

Sambil menjelaskan proses undi pos PRU14 berbeza dengan pengundian pos PRU13, Mohd Sarif berkata pengeluaran kertas undi kali ini tidak melalui pejabat perwakilan atau kedutaan Malaysia, sebaliknya terus ke alamat pengundi bagi memudahkan mereka, khususnya yang menetap jauh dari pejabat perwakilan atau kedutaan Malaysia.

Pengundi pos yang layak akan menerima sampul surat keutamaan yang mengandungi Sampul A, Sampul B dan Borang 2 (pengisytiharan identiti). Sampul A mengandungi dua sampul surat kecil kertas undi iaitu merah jambu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri dan putih (Parlimen), kecuali pengundi di Wilayah Persekutuan yang hanya akan mengundi kerusi Parlimen).

Pengundi perlu melengkapkan Borang 2, memangkah pada kertas undi, masukkan kertas undi di dalam sampul A. Masukkan Sampul A dan Borang 2 ke dalam Sampul B yang sudah dicetak alamat RO berkenaan dan poskan segera.

Mohd Sarif mengingatkan PTH agar memastikan Borang 2 diisi dengan lengkap dan mendapatkan tandatangan saksi iaitu warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas, sebagai bukti penerima sampul kertas undi adalah pengundi pos yang berdaftar.

Borang 2 itu perlu dihantar kepada RO bersama kertas undi, menggunakan sampul sedia dicop alamat RO dan dipos menggunakan perkhidmatan pos atau kurier dengan kos ditanggung sendiri oleh pengundi.

Sampul undi pos diterima akan dibuka dengan disaksikan wakil calon sebelum dimasukkan ke dalam peti undi untuk proses pengiraan undi.

Pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi empat cara iaitu menggunakan aplikasi pintar MySPR Semak; portal rasmi SPR www.spr.gov.my; SMS ke talian 15888 dengan menaip SPR no. kad pengenalan atau menghubungi talian SPR 03-88927018. – BERNAMA

Kategori