Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keluarga Upah Tiga Penyelam...

LANGKAWI - Keluarga warga Brazil, Lucas Soares Bondezan, 24, yang hilang sejurus bot...

Salleh Keruak Tenang, Akur...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan...

Video: Apabila Pelajar IPT...

SIAPA sahaja tidak geram dan marah apabila mengetahui kenderaan yang diparkir telah dihalang...

Ahli Silap Mata Malaysia...

KUALA LUMPUR - Siapa kata impian fantasi seperti berhasrat menjadi ahli silap mata...

Kemenangan Tun M Tak Akan Untungkan Penduduk Langkawi

LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan pembangunan yang menguntungkan rakyat di Langkawi sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , 9 Mei ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata bekas perdana menteri itu tidak mempunyai asas kukuh seperti kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional (BN) selama ini yang sebenarnya merupakan kuasa yang membolehkan pembangunan dilaksanakan di pulau bebas cukai ini.

“Kalau sudah menjadi wakil rakyat pembangkang, bagaimana nak menolong? Menang pun untung dia sahaja. Dia yang dapat gaji yang dapat elaun (sebagai Ahli Parlimen),” katanya selepas merasmikan Program Pakat Mai Langkawi anjuran Tourism Malaysia di Pantai Tanjung Rhu, di sini malam ini

Beliau mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai calon mereka di kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14 ini.


Nazri berkata keputusan ini juga membuktikan bahawa Dr Mahathir memungkiri pesanannya sendiri yang tidak mahu masyarakat Melayu yang menjadi kumpulan majoriti di Langkawi berpecah belah. – BERNAMA

Kategori