Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Saya Terima Hati Terbuka’...

ERNI Dekritawati Yuliana Buhari yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya...

Semua Mangsa Banjir Di...

TASEK GELUGOR - Kerajaan Persekutuan akan menangani isu yang dihadapi oleh semua mangsa...

Jose Mourinho Tinggalkan MU...

PEMILIK Manchester united membuat pendedahan yang akan membimbangkan penyokong kelab itu untuk musim...

Nelayan Melaka Mohon Kaji...

MELAKA - Nelayan di Melaka memohon kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek tambakan...

Dikutuk ‘Papan’, Elizad Dedah Wajah ‘Makcik Bawang’

MENJADI selebriti semestinya membuka peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memberi lebih perhatian kepada mereka… Tetapi jangan sampai melampaui batas pula.

Oleh kerana ada seorang ‘makcik bawang’ yang menghina bentuk badannya, pelakon tinggi lampai Siti Elizad kini telah mengamuk kerana dia telah disamakan dengan papan!

Ia susulan seorang wanita telah meninggalkan komen yang agak kesat di salah satu gambar milik pelakon berusia 34 tahun itu sehingga membuatkan dia berasa terhina.

“Body Elizad ni macam papan, lurus sangat langsung tiada bentuk,” tulisnya sambil tertawa di hujung ayatnya.

Disebabkan tidak berpuas hati, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin telah mendedahkan wajah wanita berkenaan di akaun Twitter miliknya semalam.

“Nak hina benda lain saya OK lagi, cuma jangan sentuh bab family dan fizikal saya. Kurus macam papan pun kejadian, Allah yang bagi.

“Mulut makcik cantik sangat ke? OK bagi can (peluang) nak famous (terkenal) kerana mulut awak yang menghina saya tu,” tulisnya di Twitter.

Mungkin disebabkan terlampau banyak cacian yang diterima olehnya, wanita berkenaan telah memadam kesemua gambar miliknya di akaun Instagram.


Malah, netizen turut menyokong tindakan pelakon drama Syurga Yang Kedua itu memuat naik akaun Instagram wanita berkenaan supaya ia dijadikan pengajaran kepada semua ‘makcik bawang’ di luar sana.

“Terima kasih atas kejian, takut esok Allah tarik kelebihan yang ada pada awak, sekurang-kurangnya saya tidak hina orang. Semoga tuhan berkati hidup awak,” tulis Elizad semula pada komen wanita itu.

Tindakan wanita berkenaan merupakan salah satu tindakan kurang bijak yang biasanya dilakukan oleh netizen bertujuan untuk menarik perhatian orang lain.

Namun, tidakkah golongan seperti itu menyedari bahawa tindakan mereka itu akan berbalik semula kepada diri sendiri.

Disebabkan itu, golongan selebriti perlu tabah menghadapi mulut jahat netizen yang gemar mencari publisiti murahan seperti itu – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori