Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jadikan Halal Pilihan Utama...

Petaling Jaya : Penularan Covid-19 menyebabkan berlakunya gangguan kepada jumlah jualan beberapa produk...

Tragedi Kebakaran HSA Perlu...

KUCHING - Tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru perlu dijadikan iktibar,...

Identiti Pelajar Malaysia Yang...

KUALA LUMPUR - Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya...

Video Guru Tadika Rotan...

SEBUAH video yang memaparkan sekumpulan murid tadika dipaksa beratur di luar kelas dan...

Kena Terima Kumpulan Bawa Pendekatan Islam

KOTA BHARU – Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta rakyat supaya berfikiran terbuka dalam menerima mana-mana kumpulan yang membawa pendekatan Islam walaupun berbeza pandangan.

Nik Omar, calon PKR-Amanah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kubu kuat PAS yang pernah diwakili Allahyarham Nik Aziz, berkata setiap pihak perlu meraikan pandangan orang lain dan tidak boleh menegakkan pendapat kumpulan yang diwakilinya sahaja.

“Kalau kita rasa kita berpegang dengan Islam, kita nak mendaulatkan Islam, itu satu kebaikan. Dalam masa sama, kita kena rai juga pandangan orang lain, usaha kumpulan orang lain,” katanya dalam program Bicara Ikon Harapan yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Naib Presiden Amanah Husam Musa hari ini.

Nik Omar, 53, mencetuskan kontroversi apabila bertanding sebagai calon PKR-Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 9 Mei ini, yang dilihat sebagai bertentangan dengan pendirian keluarganya yang teguh memperjuangkan PAS.

Susulan tindakannya itu, PAS mengambil tindakan memecat beliau pada Sabtu lepas.

Nik Omar terlibat dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Chempaka dengan Mohamed Fareez Noor Amran mewakili Barisan Nasional (BN-UMNO) dan Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad mewakili PAS.


Sementara itu, balu Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dilaporkan akan berkempen di DUN Chempaka bagi membantu Ahmad Fathan.

“Disebabkan ada sedikit gangguan dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka, bonda memutuskan untuk turut bersama-sama jentera muslimat PAS di sana,” kata Nik Mohamad Abduh, 48, yang merupakan calon PAS di Parlimen Bachok.

Beliau merupakan anak kelima Allahyarham Nik Aziz. – BERNAMA

Kategori