Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menyentuh Hati, Bapa Cari...

KISAH ini wajib dibaca oleh para pekerja yang berasakan tugas anda membebankan dan...

Picit Alat Sulit Bapa...

SEOARANG wanita telah didakwa membunuh bapa mertuanya dengan memicit alat sulit lelaki berkenaan...

Jangan Terpengaruh Manifesto Pakatan...

KUALA LUMPUR – Pengundi seharusnya tidak terkeliru dengan manifesto Pakatan Harapan yang diketahui...

7 Pelajar Dikejarkan Ke...

SHAH ALAM – Tujuh orang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang,...

‘Kentut’ Berjaya Tukar Nama Lepas 30 Tahun

TIDAK boleh dinafikan, antara keputusan yang paling sukar bagi setiap ibu bapa ketika kelahiran cahaya mata adalah memutuskan nama yang ingin diberikan kepada anak mereka.

Oleh itu, ia menjadi satu perkara yang berat memandangkan nama tersebut melambangkan identiti setiap bayi dan akan digunakan sepanjang kehidupan mereka.

Namun, malang bagi seorang jejaka yang bekerja sebagai penjual mi ayam di Tangerang, Kepulauan Jawa, Indonesia ini apabila ibu bapanya menamakan dia dengan nama ‘Kentut’.

Sejak dilahirkan di Solo, Wilayah Jawa Tengah pada tahun 1988, Kentut menjadi bahan lawak rakan-rakannya dan juga ejekan sesiapa yang mengetahui namanya.

Bagaimanapun, jelas Kentut, dia tidak pernah mengaambil hati akan perkara tersebut malah sudah terbiasa dengan situasi lucu berkenaan.

“Sudah selalu sangat saya diketawakan, ia sudah menjadi perkara yang biasa untuk saya. Jadi saya senyum sahaja sekiranya diketawakan,” katanya kepada media tempatan, Tribun News.

Biarpun sudah terbiasa dengan perkara itu, dia tidak menafikan berasa malu dan disebabkan namanya itu juga, dia tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Menurutnya, guru sekolah rendahnya ketika itu juga sering cuba untuk menahan ketawa setiap kali menyebut nama Kentut di khalayak ramai dan membuatkan dia nekad untuk tidak meneruskan pelajarannya.

Namun, baru-baru ini, selepas 30 tahun menggunakan nama itu, dia mengambil keputusan menukar namanya kepada Ihsan Hadi atas rasa kasihan terhadap anaknya.


Ihsan berkata, anaknya yang berusia tujuh tahun sering enggan ke sekolah kerana malu dan sering diejek oleh rakan-rakannya yang mengetahui nama bapanya itu.

Tambah Ihsan, dia sememangnya tidak tahu punca sebenar ibu bapanya menamakan dia dengan nama berkenaan dan dia juga percaya kedua-dua orang tuanya itu tidak mengetahui akan maksud perkataan tersebut.

Ihsan sebenarnya berniat menukar namanya itu sejak kecil lagi, bagaimanapun perkara itu tidak menjadi kenyataan kerana tiada seorang pun orang kampungnya yang mengetahui akan prosedur yang perlu dilakukan.

“Saya memang mahu menukar nama sejak berusia enam tahun, namun tiada siapa pun di kampung saya di Solo yang tahu mengenai prosedurnya, jadi saya terus hidup dengan nama itu,” ujarnya.

Dia yang sudah menetap di Tangerang sejak 10 tahun lalu bersama isteri dan tiga anaknya telah mengemukakan permohonan penukaran namanya kepada Mahkamah Daerah Tangerang pada Isnin lalu.

Mahkamah kemudiannya, telah membenarkan penukaran nama tersebut dan akan mengeluarkan dokumen rasmi bagi perkara itu pada minggu depan.

Buat masa ini, Ihsan masih dikenali sebagai Kentut namun penderitaan selama 30 tahun itu akan berakhir tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC.EZ

Kategori