Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Baru 7 Tahun Dah...

CHINA – Baru berusia tujuh tahun namun Jun Yu sudah menjadi `pemandu teksi’...

Pendatang Afrika Menang Besar...

MADRID - Kira-kira 35 pendatang Afrika termasuk seorang yang pernah diselamatkan dari bot...

Pelajar Tingkatan 5 Antara...

JERANTUT – Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun dan warga emas berusia...

Waspada Liberal Anggap Hukum...

KUALA LUMPUR - Pendukung aliran liberal di Malaysia menolak hukum Allah S.W.T kerana...

KER1M, Miss Grand Malaysia Bantu Agih Kerusi Roda

KUALA LUMPUR – Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) dan Miss Grand Malaysia 2018 menjalin hubungan strategik dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui program Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M).

KER1M dalam satu kenyataan berkata usaha tersebut adalah bagi memupuk semangat dalam kalangan ratu-ratu Miss Grand Malaysia dalam memberikan motivasi kepada orang ramai untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja amal seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Sebanyak 10 unit kerusi roda telah diedarkan di Hospital Queens Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah dan Hospital Sibu, Sarawak bagi kegunaan pesakit di kedua-dua hospital tersebut yang merupakan antara inisiatif program tersebut.

“KER1M juga dalam persiapan untuk mengedarkan bantuan di Hospital Putrajaya bersama ratu-ratu Miss Grand Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi KER1M, Datuk Ranjith Raja berkata beliau memberi sokongan penuh kepada seluruh jawatankuasa Miss Grand Malaysia dalam membina dan mencungkil bakat ratu-ratu Malaysia.


“Pertandingan seperti ini juga diteraskan di bawah program-program wawasan untuk memperkasakan wanita,” katanya.

Pemenang Miss Grand Malaysia 2018 akan dijadikan sebagai Ratu KER1M dalam melaksanakan pelbagai program-program yang berteraskan kebajikan dan kemasyarakatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KER1M

Kategori