Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

3 Individu Hidap Virus...

JOHOR BAHRU - Tiga individu di Kelantan disahkan mengalami jangkitan kencing tikus (leptospirosis),...

Kerajaan Setuju Pelan Parlimen...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula...

Hina Islam: Siti Nuramira...

SHAH ALAM- Wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi...

Rombak Subjek Sejarah Di...

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM)...

Kerajaan Pimpinan Najib Lakukan Yang Terbaik

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yang dipimpinnya, yang genap sembilan tahun semalam, telah melakukan sehabis baik untuk rakyat dan negara.

“Meskipun tidak tertulis secara rasmi, namun secara berhemahnya telah dibimbing dan terpandu dengan roh serta semangat kerangka Maqasid Syariah, dalam hal kepentingan menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan, sebagai manhaj asas pembinaan sebuah negara bangsa berjaya, yang kini, Malaysia sedang meraih kejayaan demi kejayaan,ā€ katanya.

Najib dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada 3 April 2009.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam, Najib berkata beliau memperkenalkan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan di awal pentadbirannya, yang berlembayungkan Dasar Transformasi Nasional dan diperkukuhkan dengan prinsip wasatiyyah.

Terkini, beliau memperkenalkan aspirasi Transformasi Nasional (TN50) sebagai kembara perjalanan jauh demi menjulang Malaysia supaya berada pada kedudukan 20 negara terbaik lagi terhebat di dunia menjelang 2050.

Bagi mentransformasikan perkhidmatan awam supaya lebih bersifat inklusif, cekap dan berbudaya murni lagi inovatif, beliau menyarankan tiga prinsip-nilai yang seharusnya dijadikan teras dalam melaksanakan kerja dan tugasan.

Tiga prinsip-nilai itu ialah gabungan tiga serangkai ‘Walaā€™-Wasatiyyah-Tabayyun’; perkhidmatan awam yang bertaraf dunia dan ‘Kawan Setia lagi Utama’, katanya.

Mengulas prinsip walaā€™, Najib menerangkan warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan elemen berkenaan dan kesetiaan kepada para pemimpin yang mentadbir kerajaan bagi menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan negara.

“Sebab itulah, kita wajib berwalaā€™ kepada pemimpin, dengan memberi sepenuh ketaatan, selagi mana ruang litup kepemimpinan itu, masih kekal berada dalam parameter maslahah umum dan tidak wujudnya unsur-unsur kezaliman. Apatah lagi, kerajaan masa kini, telah melakukan segala usaha dan inisiatif dalam menjaga kebajikan dan mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata prinsip wasatiyyah pula menekankan tentang kesederhanaan, seimbang lagi cemerlang selain tidak berfahaman terlalu liberal atau ekstremise seperti IS dan Daesh.


Beliau berkata penjawat awam perlu memahami konsep tabayyun, yakni menyelidiki dahulu sesuatu berita yang diterima dengan teliti, sebelum mempercayai dan membuat keputusan untuk disebarkan apatah lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.

Najib berkata sebagai pemimpin dan ketua kerajaan, beliau sentiasa bersifat terbuka kepada sebarang pandangan malah bersedia untuk menerima teguran yang membina.

“Namun begitu, adalah tidak wajar sama sekali, jika teguran tersebut disulami dengan fitnah, cacian atau tohmahan jahat yang boleh menjatuhkan maruah dan mengaibkan, dengan bertujuan untuk merosakkan nama baik seseorang pemimpin,ā€ katanya.

Menyentuh prinsip-nilai perkhidmatan awam bertaraf dunia pula, Perdana Menteri berkata beliau telah melakukan transformasi inklusif dan komprehensif dengan melaksanakan 59 inisiatif dan penambahbaikan melibatkan peruntukan RM29 bilion sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan demi menjaga kebajikan dan kepentingan para penjawat awam.

“Malah, hasil gandingan mantap perkhidmatan awam dengan kerajaan, telah menyaksikan pada tahun lalu, pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara telah mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9 peratus, yakni merupakan antara yang tertinggi di dunia,ā€ katanya.

Menyentuh tentang prinsip-nilai ‘Kawan Setia lagi Utama’, Najib berkata penjawat awam sangat dekat di hatinya malah, sepanjang lebih 40 tahun penglibatannya dalam politik dan pentadbiran berajaan, beliau banyak dibantu dan disokong kuat oleh warga penjawat awam.

“Pada hemat saya, para penjawat awam bukan sekadar kakitangan kerajaan semata-mata, malah mereka boleh diumpamakan sebagai sahabat dan kawan setia lagi utama kepada pihak kerajaan,ā€ katanya, yang kemudian memetik lirik lagu ‘Kawan Setia” oleh Datuk DJ Dave. – BERNAMA

Kategori