Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bukan Bajet Bantu Rakyat,...

SEDIH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap Belanjawan 2019 yang dibentang di...

DJ Terkenal Indonesia Ditahan...

KUALA LUMPUR - DJ kelab malam terkenal Indonesia, DJ Rere Monique ditahan kerana...

Murai Batu, Kelicap Kunyit...

MELAKA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor...

Semangat Berpasukan Penting Pada...

KUALA LUMPUR - Kerja berpasukan yang baik akan meningkatkan semangat dan daya motivasi...

Kerajaan Urus Isu Kos Sara Hidup Sistematik

BANGI – Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah merealisasikan hasrat negara mencapai status negara maju, demikian kata pakar ekonomi.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata selain melakukan banyak transformasi dalam usaha memperkukuh ekonomi negara, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi menangani isu-isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata majlis tindakan itu menyediakan pelan jangka panjang bagi menangani isu kos sara hidup menerusi enam Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster Utama iaitu kluster makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti dan kesihatan.

“Semua negara di seluruh dunia menghadapi kos sara hidup…bezanya bagaimana kerajaan setiap negara menyelesaikannya. Di Malaysia, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dalam menambah pendapatan rakyat bagi mengurangkan beban kos sara hidup,” katanya pada sidang media mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14: Kupasan Status dan Cabaran Ekonomi Negara di UKM di sini, hari ini.

Noor Azlan, yang juga Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), berkata masyarakat harus bijak menguruskan kewangan dan mengambil peluang pelbagai inisiaitif menambah pendapatan disediakan kerajaan menerusi program seperti eRezeki yang disediakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Selain itu, SME Corporation Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menyediakan pelbagai peluang perniagaan yang boleh dilakukan secara separuh masa. Apa yang menjadi masalah sekarang masyarakat berbelanja melebihi pendapatan diperoleh, katanya.


Beliau berkata pengurusan ekonomi negara pada masa kini lebih menjurus kepada manfaat yang boleh dinikmati rakyat dan memastikan kehidupan masyarakat daripada pelbagai lapisan lebih selesa.

Secara keseluruhan, kerajaan menguruskan kewangan negara dengan baik dan ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan bukannya menuju kepada sebuah negara yang gagal seperti didakwa beberapa pihak, kata Noor Azlan.

Noor Azlan berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan pernah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai pelbagai unit dari 2006 sehingga September 2009, serta menganggotai Kumpulan Perunding Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Pengarah Makroekonomi dan Pelaburan, Direktorat Pelaksana Kebangsaan dan Pengarah Institut Pembangunan Malaysia. – BERNAMA

Kategori