Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Didie Alias Rancang Mengarah...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu dia tidak mempunyai sebarang...

Mayat Tanpa Identiti Dipercayai...

KUALA TERENGGANU - Polis tidak menolak kemungkinan mayat yang ditemui tanpa identiti di...

Pencuri Kereta Mayat Terdesak...

Sebuah gereja di Los Angeles gempar apabila mayat seorang remaja dalam satu upacara...

Op Nyah 2: Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera di lutut kanan setelah bergelut dengan...

Kes Saman Najib, Tony Pua Ditangguh 26 Julai

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung video siaran langsung berkaitan pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 ditangguhkan kepada 26 Julai.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 26, 27, 30, 31 Julai dan 1 Ogos bagi perbicaraan kes itu selepas membenarkan permohonan peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan peguam Tan Cheng Leong bagi pihak Pua supaya perbicaraan kes itu ditangguhkan atas alasan anak guam mereka sibuk dengan urusan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung hari ini hingga 27 April.

“Saya tidak suka tangguh kes lama-lama tapi terpaksa sebab kedua-dua pihak plaintif dan defendan sibuk dengan urusan pilihan raya,” kata Hakim Mohd Zaki yang turut menetapkan 1 Jun untuk pengurusan kes.

Di luar mahkamah, Nor Hazira memberitahu pemberita bahawa pihak plaintif dijangka memanggil lima saksi termasuk Najib untuk memberi keterangan manakala pihak defendan (Pua) akan mengemukakan 15 saksi.

Pada 21 April 2017, Najib atas kapasiti peribadinya, menyaman Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam video siaran langsung berkaitan pembentangan RUU355.


Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Pua telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April 2017, yang telah dirakamkan dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam laman Facebook rasminya ‘Tony Pua’.

Plaintif mendakwa video siaran langsung berdurasi dua minit dan 21 saat itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill” boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di Internet.

Najib mendakwa kenyataan dalam video siaran langsung itu mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepada dirinya dan membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada anggota Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian itu serta mengetepikan Rang Undang-Undang yang lain. – BERNAMA

Kategori