Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Five-Year Career Development Plan

End it using something that may add some truth to your own composition....

1 Daripada 10 Jemaah...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan purata satu daripada 10 jemaah tabligh yang menghadiri...

11 Wajah-Wajah ‘Plastic Surgery’...

ORANG kata bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.Tapi macam biasalah pasti...

100 Hari: Kos Sara...

TANGGAL 9 Mei 2018 menjadi satu sejarah kepada Malaysia apabila kerajaan BN yang...

Kes Tipu Sijil Akademik: 3 Dibebas Dengan Jaminan

PUTRAJAYA – Tiga lelaki yang direman kerana disyaki terlibat sindiket pengeluaran sijil akademik palsu menggunakan nama institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini dibebaskan hari ini.

Majistret Low Wen Zhen membenarkan dua lelaki tempatan berkenaan masing-masing dikenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Seorang lagi suspek, warga India dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Sebelum ini, mereka direman bermula 16 April lalu setelah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam satu operasi khas pada pukul 4 petang, 15 April lalu.

Sehingga kini, enam individu termasuk dua wanita telah direman membabitkan kes tersebut.


Menurut sumber, sindiket itu didapati mengeluarkan sijil palsu ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma tanpa memerlukan seseorang mengikuti kursus pembelajaran di insitusi pengajian terbabit.

Jelasnya, sindiket itu hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan transkrip palsu menggunakan nama-nama IPTS dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000 bergantung jenis sijil dan IPTS. – BERNAMA

Kategori