Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ramona Hamil, Suami Buat...

SELAIN Fizo Omar dan Mawar, pelakon Ramona Zam Zam turut dikhabarkan dengan berita...

Eina Azman Pilih Nama...

PELAKON Eina Azman telah selamat menimang cahaya mata kembar sepasang pada 19 Februari...

TMJ Beri Amaran Jangan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada...

Penangkapan Pengganas Cetus Kegelisahan...

BAGAN DATUK - Penangkapan lapan individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas...

Keselamatan Domestik Pastikan Keamanan Serantau

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerangka keselamatan domestik bagi sesebuah negara adalah bahagian penting yang akan menyumbang kepada keamanan dan keselamatan serantau secara keseluruhannya.

Beliau menegaskan asas keselamatan antarabangsa akan menjadi lemah apabila negara-negara tidak menangani dengan baik keselamatan populasi mereka sendiri.

“Apabila kita bercakap tentang kerangka keselamatan serantau, kita cenderung untuk berfikir tentang apa yang negara-negara sedang lakukan bersama.

“Tetapi kerangka keselamatan domestik kita merupakan bahagian penting secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Forum Putrajaya 2018 yang diadakan bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini, hari ini.

Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan tempatan dan antarabangsa pada forum itu, Najib berkata di Malaysia, kerajaan telah meluluskan beberapa undang-undang termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) untuk memastikan warganegaranya dilindungi dan pasukan keselamatan dapat menjalankan tugas mereka dengan bebas. -BERNAMA

Kategori