Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Perkhidmatan Kaunter PLKS Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) di kaunter Jabatan...

8 Kedai Di Kea...

CAMERON HIGHLANDS - Sebanyak lapan buah kedai di Kea Farm, Berinchang di sini...

Belia Tanpa Slip Gaji...

DUNGUN - Para belia luar bandar yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang...

Sanggup Tinggalkan Universiti Jadi...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat...

‘Kesinambungan’ Tema Manifesto BN Melaka

MELAKA – Kesinambungan merupakan perkataan yang paling cocok bagi Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lepas (13 April) bertemakan ‘Bersama Mencipta Kegemilangan’.

Manifesto yang mengandungi 62 inisiatif asal berserta tiga inisiatif tambahan, setiap satu daripadanya merupakan kesinambungan usaha, telah dicapai dalam manifesto untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13), seperti usaha memakmurkan ekonomi untuk rakyat merupakan kesinambungan kejayaan cemerlang usaha memakmur ekonomi penggal lepas.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata hasil daripada usaha kerajaan negeri memakmurkan ekonomi demi rakyat pada penggal lepas, pendapatan per kapita rakyat meningkat daripada RM35,699 kepada RM41,363; kadar pengangguran terendah di negara ini dengan 0.9 peratus.

Kadar inflasi terkawal dengan purata 2.25 peratus; kadar kemiskinan antara 0 hingga 0.1 peratus dan tiada kemiskinan tegar, malah keluaran dalam negara kasar Melaka turut meningkat daripada RM27.6 bilion kepada RM33.2 bilion.

“Kami telah mencapai akujanji (manifesto) PRU13 pada 100 peratus. Kerajaan BN Melaka akan terus mengutamakan ekonomi kehidupan rakyat melalui akujanji kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara (dalam manifesto PRU14),” kata Idris kepada Bernama.

Idris berkata satu daripada inisiatif yang diberi perhatian utama dalam memakmurkan ekonomi rakyat untuk manifesto kali ini ialah meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk anak Melaka dalam projek seperti Melaka Gateway, Melaka Impression dan Kuala Linggi Growth Area.

Selain itu, pembangunan jalan raya, lapangan terbang, terminal perkhidmatan feri pengangkut kenderaan antara Melaka dan Dumai, Sumatera, Indonesia, pelabuhan dan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura juga digariskan dalam manifesto itu yang dilihat mampu menarik lebih banyak pelaburan seterusnya membangunkan sektor ekonomi negeri.

“Kerajaan BN Melaka di bawah pimpinan saya tentunya akan berusaha lebih keras untuk terus meningkatkan pelaburan dari dalam negara dan juga dari luar negara supaya bertambah banyak peluang perniagaan dan pekerjaan,” kata Idris.

Malah, menurut Ahmad Zahid, inisiatif mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan terutamanya untuk anak muda negeri ini dan mengumumkan sambungan lebuh raya persisir Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas hingga ke Banting, Selangor, akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan tahap ekonomi rakyat negeri ini.

Selain ekonomi, Melaka yang terkenal sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau pada penggal lepas telah mengorak pelbagai langkah dalam teknologi hijau demi mewujudkan persekitaran yang lebih baik buat rakyat selain mengekalkan alam sekitar untuk generasi seterusnya.

Pelbagai anugerah diperoleh Melaka pada penggal lepas antaranya International Green Award UK bagi kecemerlangan pembangunan alam sekitar dan reka bentuk warisan; dan Anugerah Bandar Mampan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan.


Justeru dalam meneruskan usaha tersebut, Idris berkata Manifesto BN Melaka fokus untuk menambah kawasan rekreasi terbuka, membangunkan insinerator bagi tujuan kitar semula, membina projek tebatan banjir, menambah bas elektrik dan meningkatkan penggunaan lampu LED mesra alam sekitar.

Beliau berkata pembangunan teknologi dalam kehidupan masyarakat akan ditingkatkan dengan meningkatkan capaian jalur lebar tanpa wayar, membangunkan lebih banyak aplikasi dalam talian untuk rakyat Melaka dan menambah kemudahan hotspot internet di lokasi tumpuan awam.

Ahmad Zahid juga prihatin dalam usaha mensejahterakan hidup rakyat terutamanya generasi muda apabila mengumumkan inisiatif tambahan membina litar lumba motosikal bagi memastikan generasi itu tidak terjebak dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang di jalan raya selain mengukuhkan jati diri mereka.

Idris berkata pada penggal lepas kerajaan negeri Melaka yang diterajui BN berjaya mencapai taraf negeri paling sejahtera di Malaysia pada 2016 dengan skor 8.28 daripada 10, dan manifesto kali ini memberi tumpuan khusus untuk mengangkat kehidupan belia, wanita, orang kurang upaya, warga emas dan masyarakat Orang Asli.

Melaka juga muncul sebagai antara penyedia rumah mampu milik untuk rakyat yang terbaik di negara ini dengan usaha membangunkan rumah mampu milik lebih berkualiti itu akan diteruskan terutamanya di kawasan lebuh raya persisir Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas.

Bagi meneruskan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat, Idris berkata manifesto itu fokus kepada usaha menambah serta menaik taraf infrastruktur awam seperti kemudahan sukan serta pasar, juga paling penting infrastruktur pendidikan rakyat seperti sekolah dan institusi latihan lain.

“Marilah kita mengukuhkan tekad dan azam untuk mengekalkan kesejahteraan negeri yang tercinta ini dengan sekali lagi mempertanggungjawabkan kepada kerajaan BN supaya terus berikhtiar dengan lebih pantas dan berkesan supaya Melaka segera mendahului negeri-negeri lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori