Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja 13 Tahun Mengaku...

DISANGKANYA naif dan bukanlah anak yang nakal serta liar. Seorang ibu terkejut apabila...

Facebook Bertindak Tegas ‘Haram’...

RASANYA semua orang di Malaysia (kecuali yang tidak pernah langsung mengikuti isu semasa)...

Bekas ADUN Tahan Meninggal...

KUANTAN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Ahmad Jaafar, yang...

Tiket Penerbangan Mahal Hingga...

KUALA LUMPUR - Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara...

Ketua Sumo Mohon Maaf Hina Wanita Masuk Gelanggang

TOKYO – Ketua persatuan sukan sumo Jepun memohon maaf selepas beberapa orang wanita diusir meninggalkan gelanggang ketika berlakunya satu insiden kecemasan perubatan kelmarin.

Menurut media tempatan, dua orang wanita bergegas ke gelanggang sukan tradisional Jepun itu, yang terletak di Maizuru, barat laut Kyoto, selepas seorang datuk bandar setempat jatuh rebah ketika menyampaikan ucapan.

Namun ketika wanita itu berusaha memberi bantuan pernafasan CPR kepada datuk bandar, beberapa pengumuman telah dilakukan menerusi pembesar suara, meminta mereka berdua segera meninggalkan gelanggang berkenaan.

Gelanggang atlet gusti sumo, dikenali sebagai sumo dohyo, dilihat sebagai tempat suci dalam kepercayaan kuno Shinto. Wanita secara ritual, dianggap tidak suci dan dilarang menjejakkan kaki mereka ke gelanggang seperti itu.

Dalam satu kenyataan media dipetik agensi berita antarabangsa AFP melaporkan ketua persatuan sumo, Hakkaku menjelaskan bahawa pengumuman tersebut sebagai ‘kurang sopan’ berdasarkan beberapa keadaan tertentu.


“Pengumuman tersebut dibuat oleh seorang pengadil yang kesal wanita ceroboh gelanggang itu, namun ia tindakan tidak sesuai apabila melibatkan nyawa seseorang dalam kecemasan. Kami benar-benar mohon maaf,” menurutnya.

Sementara itu, persatuan sumo terbabit tidak dapat dihubungi ketika ini bagi mendapatkan sebarang penjelasan. Pegawai tempatan, Noriko Miwa berkata datuk bandar telah dimasukkan ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.

Asal usul permainan sumo sudah bermula lebih 2,000 tahun lalu, dan ia malah menjadi bahagian penting dalam kepercayaan Shinto, ajaran anutan majoriti rakyat Jepun sejak dahulu lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori