Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Dewan Pemuda PAS Ucap...

MARANG - Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini mengucapkan tahniah di atas pelantikan...

Hanya 22 Tahun Aje...

SELAMA 18 tahun Jean-Claude Romand yang berasal dari Perancis menipu keluarga dan rakan-rakan...

Pertukaran Nelayan Malaysia-Indonesia 11...

JOHOR BAHRU - Pertukaran nelayan Malaysia yang kini ditahan di Indonesia dan nelayan...

Air Pasang Besar Diramal...

ALOR SETAR: Air pasang besar dijangka melanda dua daerah di negeri ini sekali...

Khairy Jawab Kenapa Pemuda BN Lancar Manifesto Khusus

KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) memilih untuk melancarkan manifesto khusus bagi orang muda sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menzahirkan komitmen BN untuk meneruskan khidmat bakti kepada golongan itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sudah menjadi kebiasaan bagi semua yang bertanding pada pilihan raya membentangkan manifesto kepada pengundi.

Katanya semenjak video “Jaminan Orang Muda” disiarkan di media sosial semalam, terdapat orang muda yang tertanya-tanya mengapa hanya sekarang BN ingin membuat jaminan dan bukannya lima tahun sebelum ini.

“Jawapan saya. Kami sudah buat sebanyak mungkin yang kami terdaya untuk orang muda Malaysia. Isu pekerjaan, isu latihan TVET (Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional), insentif PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)​​​​​, isu pemilikan rumah… semua ini telah kami desak dan dilaksanakan kerajaan.

“Tidak salah rasanya jika kami ingin memperbaharui khidmat bakti ini untuk lima tahun akan datang,” katanya sewaktu berucap melancarkan manifesto Pemuda BN “Jaminan Orang Muda” di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini malam ini.

Manifesto itu menggariskan lapan jaminan melibatkan peluang pekerjaan dan latihan; meningkatkan pendapatan dan kemahiran; memperkasa ekonomi belia luar bandar; memudahkan usahawan muda mendapat bantuan; meringankan beban keluarga muda; menyediakan kehidupan berkualiti; memastikan peluang untuk segenap segmen dan mengangkat idea generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan hujah kononnya BN hanya menabur janji sewaktu pilihan raya adalah cetek dan dangkal kerana komponen tersebut sebenarnya memperbaharui visi dan perancangan untuk masa depan orang muda.

“Walaupun banyak yang telah kami lakukan, saya tahu orang muda Malaysia inginkan lebih lagi. Saya faham orang muda Malaysia perlu lebih lagi…. sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya faham apa cabaran yang anda lalui sebagai orang muda.

Kalau saya berdiri di sini, dan kata kita sudah buat segalanya, kita tidak perlu buat apa-apa lagi, saya bukan menteri yang baik,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri ribuan anak muda yang memenuhi segenap pelusuk dewan itu, Khairy berjanji akan memastikan anak muda mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan BN dalam manifesto utamanya (induk) sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.


Katanya peluang pekerjaan di dalam projek-projek mega seperti Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) juga akan diisi anak muda tempatan.

Khairy berkata BN juga akan menyelesaikan masalah gaji dan pendapatan orang muda yang disifatkan tidak berubah walaupun sudah lama bekerja khususnya di sektor swasta melalui rundingan paras gaji di sektor berkenaan.

Turut menarik perhatian, Khairy mengumumkan bantuan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga dengan mekanisme sama ada bantuan terus atau kemudahan lain yang akan diperhalusi kemudian.

Selain itu katanya, bagi mengangkat suara generasi TN50, orang muda terpilih akan dibawa ke jemaah menteri setiap bulan untuk menyampaikan idea terbaik dan popular.

“Saya bukan di sini untuk sembang kosong menjanjikan anda bulan dan bintang. Janji madu beracun yang tidak mungkin dapat dilaksanakan tetapi apa yang telah kami bentangkan pada hari ini, adalah jaminan yang boleh kami laksanakan.

“Jaminan yang telah disemak kira dan saya telah berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib (Tun Razak) dengan perancangan, costing (perbelanjaan) di mana beliau sebut pada saya ‘yes ok boleh’,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh menggamatkan dewan. – BERNAMA

Kategori