Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyelewengan Dana: SPRM Tahan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga lagi...

Berkahwin Kali Kedua Sebab...

Tennessee – Sepasang suami isteri terpaksa berkahwin untuk kali kedua selepas si isteri...

#CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh...

SEKARANG trend memperbodohkan peminat memasuki era baru melalui strategi promosi #CintaLokasi. Apabila drama bersiri...

VIDEO : Bahaya!! Tahap...

TUMPAT (Kelantan) - Kadar umur bermulanya penagihan dadah di Malaysia kini berada pada...

Khalid Samad Berdepan Saingan Sengit Di Shah Alam

SHAH ALAM – Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berdepan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya di kawasan majoriti Melayu itu dengan tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Komunikasi Nasional Parti Amanah berusia 61 tahun itu akan berdepan calon BN Datuk Azhari Shaari yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dan anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad mengesahkan pencalonan ketiga-tiga calon itu di Dewan MBSA Seksyen 19 di sini.

Pencalonan Khalid dicadangkan Azli Yusof dan disokong Mohamad Jamil Abdul Rahim, manakala Azhari dicadangkan Loo Chung King dengan disokong Arjunan Kuppan.

Pencalonan Mohd Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat dicadangkan oleh Fakhrul Azman Khalidin dan disokong Rushdan Rusmi.

Khalid cuba mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang disandangnya selama dua penggal​​​​​​​ sewaktu menganggotai PAS.


Pada PRU13, beliau menewaskan calon BN Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Batu Tiga pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang kerusi dari PKR, Rodziah Ismail dengan dicabar calon PAS, Abdul Halim Omar dan calon BN Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop.

Di kerusi DUN Kota Anggerik, calon BN Jumaeah Masdi ditentang calon PKR, Mohd Najwan Halimi dan calon PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani. – BERNAMA

Kategori