Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wadah Puteri UMNO Pacu...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO minggu depan merupakan wadah Puteri UMNO untuk...

Kedah Rancang Zon Bebas...

ALOR SETAR - Kedah akan mewujudkan zon bebas cukai kedua di negeri itu...

21 Kematian, 3,661 Pulih,...

KUALA LUMPUR - Negara mencatatkan kes kematian tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 21 kematian...

Najib Tetap Turun Ke...

PONTIAN - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata penarikan balik pengiring...

Kisah Iktibar Dijajah Akibat Khianat Zaman Melaka Dulu

TINGGAL 22 hari sebelum hari pengundian. Baki lima ratus jam untuk rakyat Malaysia memilih. Malah lagi tiga kali Rabu untuk 14 juta rakyat buang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sebelum buat pilihan, rakyat Malaysia kena melihat kembali sejarah yang pernah berlaku di negara ini suatu ketika dahulu. Catatan seorang pengembara terkenal Portugis, Diego Lopez De Sequiera sekitar tahun 1508 hingga 1509.

Beliau dengan takjub pernah menyatakan bahawa setiap pedagang di Melaka pada ketika itu hidup mewah serta mampu memiliki sehingga 10 dan 12 bahara emas, dalam kiraan metriknya 4,000 hingga 4,800 kilogram.

Jika berdasarkan kiraan zaman sekarang sekitar RM800 juta hingga RM1 bilion kekayaan seorang pedagang itu. Pendapatan per kapita rakyat tentulah sangat tinggi. Mungkin Melaka ketika itu sudah boleh dianggap negara maju.

Inilah sebab Portugis minta sangat jajah Melaka kerana bumi Tanah Melayu ini sejak sekian lama digelar sebagai Semenanjung Emas oleh pakar geografi dan astronomi terulung Greek, Claudius Ptolemy pada abad kedua Masihi.

Kalau adalah Bank Dunia, IMF, WEF atau agensi penarafan Fitch Rating ketika itu, tentunya mereka akan iktiraf kerajaan yang ada di Melaka pada masa tersebut adalah terbaik dari segi pengurusan ekonominya. Terbaik di dunia!

Namun masih ada juga pengkhianat yang sanggup sekongkol dengan pihak negara asing untuk hancurkan dan jatuhkan kerajaan Melayu-Islam yang paling banyak simpanan emas dan kaya makmur di rantau Nusantara itu.

Bayangkan panglima armada Portugis, Alfonso di Alburqueque mencatatkan Melaka ada lebih 6,000 pucuk meriam berteknologi tinggi tetapi tumbang akibat sabotaj orang dalam yang dibantu pedagang khianat dari Cina dan India.

Siapa diguna untuk pecah belah orang Melayu di Melaka dulu? Mendaliar dan Si Kitul ‘diskru’ Portugis untuk jajah Melaka. Akibat percaya cakap mereka, sultan bunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka, Tun Hassan.

Kitul mula agenda dengan sebar berita palsu kepada sultan konon bendahara itu dapat kalung emas dari Portugis. Tahun 1509, Portugis serang kali pertama tetapi kalah dek kehandalan Tun Hassan dan kebijaksanaan Tun Mutahir.

Portugis kemudian balik malu tetapi dua tahun lepas itu datang kembali. Kali ini mereka perkudakan pula Datuk Syahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan Keling, peranakan India Singapura) untuk jatuhkan Melaka.

Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana digunakan Portugis untuk cetus fitnah. Si Kitul beritahu Mendeliar konon Nina Sura Dewa merasuah bendahara. Mereka kemudian membuat konspirasi menjatuhkan bendahara.

Pakatan duo ini ‘skru’ Laksamana Koja Hasan (seorang sangat dipercayai sultan) untuk dapat peluang mengadap sultan. Mendaliar tuduh bendahara sedang buat singgahsana bersalut emas dan rancang untuk merampas takhta.

Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh bendahara. Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar itu terus dipercayai sultan.


Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas daripada kediaman bendahara itu dirampas dan diangkut ke Istana Melaka, Tun Fatimah pula diambil untuk kemudian menjadi isteri baru sultan.

Selepas tiada lagi Laksamana yang handal dan Bendahara yang bijaksana, mudahlah Melaka dijajah oleh Portugis. Melaka yang digelar ‘Venice Timur’ oleh sejarawan Barat, Tom Pires, akhirnya jatuh ke tangan penjajah Eropah.

Itu cerita zaman dahulu kira-kira 507 tahun yang lalu. Menangis air mata darah pun tidak dapat lagi kembali era kegemilangan Melaka. Sejarah lama boleh berulang jika orang Melayu tidak mengambil pengajaran dari kisah itu.

Hari ini, sejak 1965 lagi apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia, DAP yang diwujudkan induknya, PAP cuba mengambil kuasa di negara ini dengan fahaman sosialis Malaysian Malaysia, tetapi mereka masih lagi gagal.

Pada PRU ke-13, DAP sudah cetuskan ‘tsunami Cina’ untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) tetapi masih lagi gagal kerana orang Melayu setia bersama BN. Jadi DAP tiada pilihan terpaksalah gunakan Melayu untuk ‘skru’ Melayu.

Perangai pengkhianat bernama Si Kitul dan Mendaliar berulang lagi. DAP sudah perkudakan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mendaliar) dan bekas seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Si Kitul) untuk rampas kuasa di Putrajaya.

DAP ternyata bijak mempergunakan Melayu yang tamak kuasa seperti Mahathir dan Anwar untuk mendapatkan kuasa. Ironi, selepas berjaya dapat kuasa, DAP percaya mereka masih lagi “ada game lain” terhadap Mahathir.

Tun M Terdesak Untuk Bergantung Kepada DAP

Hew Kuan Yau, Superman DAP sudah nyatakan DAP akan ubah “game” sesudah dapat undi Melayu menerusi Mendaliar dan Kitul zaman moden. Lihatlah bagaimana Muayyiduddin al-Qomi diperlakukan oleh Hulagu Khan.

Sejarah membuktikan selesai misi jajah Baghdad (kini ibu kota Iraq moden), Al Qomi yang khianati khalifah dan saudara Islamnya akhirnya dibunuh oleh panglima Mongol itu dengan digulung dalam tikar hancur dipijak kuda.

Inilah cara Mendaliar dan Kitul di Baghdad diperlakukan sehina-hinanya oleh musuh mereka sendiri sesudah dia tidak berguna lagi sebagai umpan untuk menjatuhkan kerajaan khalifah di kota legenda seribu satu malam itu.

Jangan biar sejarah tahun 1511 di Melaka berulang di Putrajaya pada 2018. Rakyat kena tolak perangai Mendaliar dan Si Kitul ini. Jangan biar masa depan Malaysia “rewind” ke belakang dengan membuat pilihan yang salah.

Ayuh jom ubah ini kali tekadkan azam dan teruskan pangkah BN pada PRU kelak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori