KESIAN… Baru-baru ini tersebar gambar tular Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup memanjat tangga untuk menaiki pentas bagi menyampaikan ucapan politiknya.
Bagi penyokong tegar yang fanatik memujanya, mereka menganggap Mahathir penuh bersemangat dan sanggup bersusah payah walaupun sudah tua uzur. Bersemangat apanya, lepas rabat tangga, terus terlena atas pentas.
Namun hakikatnya, memang kesian apabila melihat Mahathir dalam keadaan demikian. Pada usia 93 tahun beliau terpaksa ‘diusung’ ke sana sini oleh jentera DAP untuk berkempen demi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Sebab itulah apabila ramai pihak yang melihat Mahathir sebagai boneka kepada DAP, penyokong taasub Mahathir sebaliknya melenting sangat marah benar dengan label kasar tersebut konon dianggap sebagai berbaur penghinaan.
Hendak marah buat apa, memang Mahathir boneka DAP pun. Itulah hakikatnya. Walaupun beliau memandu kereta mewah Porshe dalam hujan dan menunggang kuda, namun itu bukan petunjuk mengenai kudrat sebenar Mahathir.
Selama 22 tahun sebagai perdana menteri dahulu, langsung tidak pernah nampak pula Mahathir sanggup panjat tangga pentas ceramah sampai macam itu sekali. Tetapi kali ini demi DAP, sanggup pula Mahathir berbuat begitu.
Keletihan yang dialami oleh Mahathir itu dapat dilihat dengan jelas apabila beliau kemudian terlelap lena seketika apabila sedang duduk di atas pentas dan gambar tersebut turut tular dalam kalangan netizen di seluruh dunia.
Jika dulu, beliau mengutuk Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah kerana tertidur dan mengejek beliau sebagai `Gus Dur’ iaitu bekas Presiden Indonesia yang sering terlelap pada majlis rasmi, kini giliran Mahathir pula terlena.
Gambar Mahathir yang tertidur di atas pentas telah tersebar sekali gus membuktikan beliau sememangnya sudah tidak ada lagi kudrat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan tentunya sibuk jadual padat sepanjang masa.
Pada usia berkenaan, eloklah beliau berehat dengan cucu sahaja. Dulu pernah kutuk bekas mursyidul am PAS, arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tua dan masih gila kuasa. Sekarang ini Mahathir gila kuasa jauh lebih teruk.
Sekarang pun, Allah SWT telah buka sedikit demi sedikit banyak perkara yang Mahathir sudah terlupa, apatah lagi jika diberikan tugas berat sebagai perdana menteri. Bayangkan Sultan Johor pun gelar beliau orang tua nyanyuk!
Jika kedai roti premium The Loaf pun Mahathir terlupa bahawa beliau pernah memiliki 10 juta saham di dalamnya, inikan pula dasar negara kelak. DAP lah yang bakal jadi raja nanti, Mahathir pula duduk lena di wad IJN sahaja!
Presiden PAN, Mohamad Sabu sudah dedah bahawa kerja Mahathir sebagai PM selepas ini adalah untuk pegang pen sahaja. Jadi DAP yang buat keputusan, Mahathir tukang sign lulus. Lingkup habis negara ini kalau begitu berlaku.
Cuma satu sahaja yang Mahathir tidak akan terlupa, iaitu meletakkan segala kesalahan ke atas orang lain. Dalam hal ini Mahathir diakui sangat bijak berdrama meskipun sudah jelas lagi berterang beliau yang terlibat secara langsung.
Contoh dalam isu kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga matawang asing, tragedi Memali, Ops Lalang dan banyak lagi ketika era pentadbiran beliau, itu semua Mahathir tergamak salahkan pihak lain punya angkara.
Cukup-cukuplah Mahathir. Bagilah peluang orang lain yang masih sihat dan tidak nyanyuk. Dosa Mahathir sudah terlalu banyak tidak terkira. Jangan menambah dosa lagi untuk rakyat Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA