Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarimah Dedah Pernah Ditipu,...

PELAKON dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim mendedahkan dia pernah ditipu sehingga mengalami kerugian...

Annuar Musa Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Desas-desus bahawa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri...

40 Sekeluarga Dikuarantin Di...

TANAH MERAH - Seramai 40 sekeluarga dikuarantin di hospital di sini selepas seorang...

Majlis Media Malaysia Mampu...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM), yang masih di peringkat perbincangan,...

Terus Perkasakan Sekolah Pondok, SMAR Di Kelantan

PASIR PUTEH – Kerajaan Persekutuan terus memperkasakan 38 sekolah pondok dan 40 sekolah menengah agama rakyat (SMAR) di Kelantan melalui peruntukan sebanyak RM8.6 juta yang telah diluluskan sebelum ini untuk tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM25 juta yang diperuntukkan bagi membantu sekolah-sekolah pondok dan SMAR di seluruh negara tahun ini.

“Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terbesar menerima bantuan itu walaupun ia di bawah pemerintahan parti pembangkang.

“Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan Kelantan dan tidak menyampingkan sistem pendidikan tradisional malah terus memperkasakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Sekolah Pondok dan SMAR di Tok Bali di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata institusi berkenaan perlu bebas daripada sebarang bentuk campur tangan mana-mana ideologi parti politik supaya mereka dapat mempelopuri agenda perpaduan ummah dan menjurus ke arah Islam yang sederhana.

Mengenai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru berkenaan untuk meningkatkan keupayaan mereka mengajar.


Beliau berkata guru takmir dan imam juga akan diberi latihan supaya mereka boleh membimbing umat Islam ke arah pemantapan akidah.

“Kita tidak mahu umat Islam pada masa hadapan akan mudah dipengaruhi oleh ideologi asing terutama yang bercanggah dengan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya. – BERNAMA

Kategori