Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Dicalon Tanding...

KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa dicalon untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan...

Wanita Maut, Tujuh Termasuk...

Tanah Merah : Wanita maut, manakala tujuh individu lain termasuk bayi cedera dalam...

VIDEO: Geli! Cacing Besar...

Betul-betul meremang bulu roma selepas menonton video amatur oleh seorang individu yang merakamkan...

Redza Rosli Kemalangan Motor...

NASIB tidak menyebelahi pelakon Redza Rosli apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu...

Klopp Rancang Buat Citizens ‘Tidak Senang’

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp (gambar) tidak akan mengubah gaya perlawanan kelabnya menentang Manchester City dan percaya dia boleh melakukan sesuatu yang ‘tidak menyenangkan’ terhadap pasukan Pep Guardiola.

Penguasaan City dalam Liga Perdana Inggeris telah membuatkan banyak pasukan cuba mempersebahkan taktik berbeza untuk mengehadkan keberkesanan permainan oleh anak buah Pep Guardiola.

Liverpool adalah satu-satunya pasukan yang telah mengalahkan City dalam liga musim ini, dengan kemenangan mendebarkan 4-3 di Anfield pada Januari.

Klopp mencadangkan dia akan bermain dengan gaya yang sama pada perlawanan liga pertama, Rabu.

“Cara kami menyerang lawan, cara kami mempertahankan adalah tidak menyenangkan (untuk lawan kami). Sekiranya kami berbuat demikian, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengatasinya.

“Ia akan menjadi sangat menarik. Tidak ada jaminan ia akan berjaya. Semuanya tetap bergantung kepada pemain di atas padang yang akan menentukan permainan,” kata Klopp.

Kunci kepada pendekatan Liverpool adalah menyerang trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane yang ketiga-tiganya menjaringkan gol kemenangan untuk City pada musim ini.


“Ia lebih kepada melakukan lebih banyak perkara yang betul berbanding pasukan lawan, kerana anda tidak boleh bertahan menentang City dan berharap mereka tidak akan menjaringkan gol pada hari tersebut,” kata jurulatih dari Jerman itu.

Pasukan Guardiola, termasuk bekas kelabnya, Barcelona dan Bayern Munich, gemar bermain dari belakang, membawa bola dengan cepat melalui pemain tengah dan menggunakan ruang dengan penuh kepakaran.

“Tidak ada perbezaan besar, sebenarnya. Cuma Pep sentiasa mempunyai pasukan yang lebih baik daripada saya.

“Anda boleh lihat sekarang dengan Manchester City – mereka mempunyai lebih banyak mata berbanding kami,” katanya. – Irish Examiner/mStar Online

Kategori