Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPBM Dalam Pakatan Harapan...

GEORGE TOWN - Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH)...

Orang Asli Diugut: Menteri...

KUALA LUMPUR - Pelik, tidak munasabah dan bagai ada yang tidak kena.Begitu reaksi...

UniMAP Terima Pengiktirafan Lima...

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diiktiraf antara universiti terbaik di Malaysia tahun...

Wanita UMNO N.Sembilan Gesa...

SEREMBAN – Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan hari ini menggesa kerajaan menolak sebarang...

Kolej Profesional Mara Bachok Dijangka Siap 2021

BACHOK – Kolej Profesional Mara pertama di Kelantan iaitu Kolej Profesional Mara Bachok bernilai RM90 juta di Kampung Pauh Sembilan, di sini, dijangka siap pada 2021, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“Kerja-kerja penyediaan tapak sedang dilakukan untuk pembinaan kolej itu di kawasan seluas 15 hektar,” katanya, sambil menambah ia merupakan Kolej Profesional Mara ketujuh di negara ini.

Program diploma yang ditawarkan di kolej berkenaan termasuklah dalam bidang pengurusan peruncitan, kewangan korporat, reka bentuk barang kemas, kulinari dan reka bentuk tekstil.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan kolej tersebut hari ini, Awang Adek berkata pembinaan kolej berkenaan selaras dengan misi ‘Bachok Baharu Bachok Maju’ berasaskan bandar ilmu dan pelancongan.

“Kewujudan kolej itu dan beberapa intitusi pendidikan lain akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih luas kepada rakyat,”katanya. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori