Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gemuk Halang Ramai Belia...

WASHINGTON - Pentagon berhadapan cabaran keselamatan lebih sukar ditangani berbanding cabaran tentera berteknologi...

Penceramah Jemputan Dakwa Tak...

PENCERAMAH yang diundang dalam program kontroversi ‘I Want To Touch A Dog’ mendakwa tidak mengetahui...

Universiti Perlu Perkasa Bidang...

PUTRAJAYA - Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyarankan institusi pengajian...

Warga Emas Maut Ketika...

KUANTAN - Seorang warga emas berusia 71 tahun meninggal dunia setelah terjatuh ke...

Kontraktor Rugi Lebih RM100,000 Beli Rumah Lelong

GEORGE TOWN – Seorang kontraktor diusir dari rumah yang dibelinya secara lelong setelah membelanjakan lebih RM100,000 wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ong Liang Chui, 45, berkata dia memenangi bida untuk membeli sebuah rumah di Taman Alor Vista di Relau dekat sini dengan harga RM75,000 pada Oktober 2014 dan mengeluarkan perbelanjaan tambahan RM3,835 untuk yuran guaman seperti yang disyorkan firma lelongan berkenaan serta membelanjakan RM37,460 untuk mengubah suai rumah berkenaan.

Bagaimanapun, kata Ong, apabila dia hendak berpindah ke rumah itu, seorang lelaki datang memberitahunya bahawa rumah yang dibeli Ong itu adalah kepunyaannya dan menghalau kontraktor berkenaan dari rumah itu.

“Pada April 2016, unit yang saya beli itu dilelong sekali lagi di Hotel Laurel Evergreen. Saya pergi ke situ dan menyekat lelongannya. Apabila saya mengadu kepada peguam hartanah saya tentang kes itu, beliau meminta saya pergi berurusan dengan firma lelongan terbabit.

Apabila saya bertanya kepada firma lelongan itu, mereka menyuruh saya pergi berbincang dengan bank yang bertanggungjawab dan apabila saya berbuat demikian, mereka meminta saya berurusan dengan peguam mereka pula…sampai sekarang, langsung tiada respons tentang perkara itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya kenapa dia mengambil masa terlalu lama untuk membuat aduan tentang perkara itu, Ong berkata ia berikutan keadaan yang rumit dan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab tentang perkara itu.


Kata kontraktor itu, dia membuat laporan polis pada Disember 2016, tetapi baru semalam membuat kenyataan tentang kes itu.

Menurut Ong, dia juga cuba membuat aduan secara bertulis kepada Bank Negara dan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 2017, tetapi tidak berhasil.

Kini, Ong tinggal bersama-sama saudara lelakinya di Jelutong.

Sementara itu, Penyelaras Gerakan Pulau Pinang bagi Kawasan Padang Kota H’ng Khoon Leng, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata dia akan membuat aduan bertulis kepada Lembaga Tatatertib Peguamcara & Peguambela (ASDB) berhubung isu berkenaan. – BERNAMA

Kategori