Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK Balakong Tentukan MCA...

BALAKONG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong akan menjadi medan penentu sama ada...

“Hanya Peminat, Mona Bukan...

HUBUNGAN cinta mereka umpama timbul tenggelam, tetapi mungkin dua artis ini lebih selesa...

13,944 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 hari ini semakin meningkat melepasi angka 13,000 dengan...

Anak Lisa, Yusry Pula...

MAKIN hari makin ramai artis yang sudah mendirikan rumah tangga. Tahniah diucapkan kepada...

KPDNKK Perak Merampas 220 Tong Gas LPG

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 220 tong gas petroleum cecair (LPG) pelbagai jenama bernilai RM90,928 dalam serbuan di sebuah stor simpanan barang di Batu Gajah, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Perak Shamsul Nizam Khalil berkata dalam serbuan pada 3.30 petang itu, seorang lelaki berumur 53 tahun yang mengaku pemilik premis telah ditahan.

Katanya serbuan itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu di kawasan berkenaan yang menjadikan premis tersebut sebagai tempat simpanan barang kawalan LPG untuk edaran di sekitar Batu Gajah.

“Dalam serbuan itu, KPDNKK telah menyita kesemua tong gas itu. Turut disita sebuah lori yang dipercayai digunakan sebagai pengangkutan untuk pengedaran tong gas berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nizam berkata berdasarkan keterangan pemilik premis berkenaan, stor tersebut baru sahaja beroperasi dan dijadikan tempat simpanan LPG awal tahun ini.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen borong atau runcit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia.


Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu manakala bagi pertubuhan atau perbadanan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta.

Bagi tempoh Januari tahun ini hingga semalam, KPDNKK negeri mencatatkan sebanyak 13 kes membabitkan barang kawalan LPG dengan rampasan bernilai RM256,617, katanya. – BERNAMA

Kategori