Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Sekarang Diramal...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang dialami sekarang diramal kembali normal pada bulan...

Pelajar Dakwa Cedera Dibuli...

NILAI: Polis menerima tiga laporan semalam, berhubung kes pelajar tingkatan dua sebuah sekolah...

Kaji Akta Pembaziran Makanan...

KUALA LUMPUR - Isu pembaziran makanan bukanlah satu perkara baharu di negara ini,...

RUU355 Dijangka Dibentang Di...

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang...

KRT Berperanan Jaga Keharmonian Penduduk

SEREMBAN – Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) amat penting bagi menjaga keselamatan penduduk setempat dalam usaha mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada KRT supaya kekal aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bagi penduduk yang berbilang kaum untuk saling berinteraksi dan mengeratkan hubungan.

“KRT perlu bantu menggerakkan semua penduduk keluar berinteraksi kerana apabila hubungan mereka erat maka tidak mudah untuk penjenayah luar masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut.

“Kalau kita tengok kawasan perumahan yang sunyi, tak aktif, kadar jenayah di kawasan tersebut adalah tinggi dan mudah diceroboh kerana penduduk tidak membantu antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama pada Program Derma Darah anjuran KRT Taman Desa Temiang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, dianggarkan sebanyak 150 orang menderma darah dan darah tersebut akan disalurkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi membantu golongan yang memerlukan. – BERNAMA

Kategori