Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Liga Perdana: Negeri Sembilan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Negeri Sembilan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga...

AirAsia, FireFly Sindir Malindo...

GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses...

Setiausaha Agung LDP Angkat...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Ir Yong Wui...

Netizen Dakwa Kerjaya Pandu...

KUALA LUMPUR - Seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehnya...

Kuota Haji Gembirakan Golongan Pesara

PUTRAJAYA – Golongan pesara kerajaan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperuntukkan kuota haji untuk diberikan kepada kumpulan itu bermula tahun ini.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata kuota yang diberikan itu amat menggembirakan golongan emas berkenaan yang menumpukan kehidupan mereka untuk beribadah.

“Kita sangat sukacita mendapat kuota haji ini kerana sebelum ini memang telah banyak desakan (mengenai perkara itu).. sebab pesara ini dia mengutamakan amal ibadah, bila mereka tidak dapat pergi haji mereka rasa hampa,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam dan pesara kerajaan, Najib mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menetapkan satu jumlah kuota haji untuk pesara yang akan diumumkan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota yang diperuntukkan kepada Malaysia oleh kerajaan Arab Saudi.

Mengulas pengumuman Perdana Menteri mengenai pemberian khas sebanyak RM1 juta masing-masing kepada tiga persatuan pesara pada tahun ini, Wan Mahmood berkata imbuhan tersebut akan dapat digunakan untuk mentransformasikan pesara supaya mereka tidak hanya berkurung di rumah.

“Bila mereka ada aktiviti, mereka kurang sakit dan kerajaan akan mendapat manfaat dengan peruntukan bil hospital dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS), Datuk Omar Osman berkata pihaknya merasa lega apabila suara golongan pesara diambil berat kerajaan.


“Malah di kalangan pesara sekarang dalam masa sebulan paling kurang 20 orang meninggal (dunia)… kalau kita bagi sumbangan RM1,000 seorang, maka kita perlukan RM20,000, jadi kita amat berterima kasih dengan geran yang diumumkan Perdana Menteri,” katanya.

Najib pada majlis itu mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan geran khas sebanyak RM1 juta ringgit kepada setiap persatuan pesara iaitu Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS).

Omar yang mewakili golongan pesara turut meluahkan rasa bersyukur dengan kenaikan satu peratus kadar pencen secara sekali beri mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 yang diumumkan Najib.

“Walaupun cuma satu peratus tapi kita faham dengan keadaan semasa, satu peratus pun membabitkan kewangan yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Haji

Kategori