Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belum Lulus Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan...

Cecair Untuk Panjangkan Usia...

LUOYANG - 'Eliksir untuk hidup kekal abadi' yang terkenal dalam kisah legenda Cina...

4 Sebab Utama Kahwin...

KUALA LUMPUR – Empat faktor utama yang menyebabkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur di...

Zahid Akui Hubungi Muhyiddin,...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan...

Kuota Khas Rumah Mampu Milik Warga ATM, Veteran

PORT DICKSON – Kerajaan negeri akan mewujudkan kuota khas bagi setiap kategori Rumah Mampu Milik di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk veteran.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan kuota sebanyak 20 peratus daripada Rumah Mampu Milik Jenis A yang berharga RM80,000 di Taman Sunggala Hartamas dekat sini, kepada Persatuan Veteran ATM negeri.

“Kita akan buat special pool supaya Rumah Mampu Milik di bawah dasar kita turut dapat dimiliki oleh warga ATM dan veteran,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mohamad berkata kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan untuk membina 840 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di sini.

“Kita menunggu persetujuan daripada MINDEF (Kementerian Pertahanan) untuk kerajaan negeri melalui agensi kita membantu membina rumah warga tentera di atas tapak tanah tentera dan ia akan dibuat secara sewa beli.


“Itu terpulang kepada pihak MINDEF memutuskan jangka masa sewa tetapi kebiasaannya dalam masa 15 tahun,” katanya.

Mohamad berkata RKAT yang bakal dibina itu akan mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Pertahanan seperti rumah-rumah yang terdapat di Pangkalan Udara Sendayan. – BERNAMA

Kategori