HEBOH dengan tindakan seorang wanita cuba membunuh diri di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah minggu lalu, kali ini seorang lagi wanita muda bertindak mahu membunuh diri dari sebuah pangsapuri di Ipoh hari ini.
Menurut akhbar tempatan, wanita warga Kemboja berusia 25 tahun tersebut merupakan seorang pembantu rumah cuba terjun dari balkoni unit kediaman majikannya dari tingkat lapan Apartment Damaipuri, Taman Chateau.
Reaksi wanita berkenaan disedari oleh orang sekeliling dan terus membuat panggilan kecemasan.
Lapor jurucakap bomba, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10,09 pagi tadi.
“Ketika tiba di tempat kejadian didapati mangsa telah berjaya dipujuk dan dibawa turun dari balkoni rumah tersebut.
“Wanita itu dikatakan trauma dan cuba meronta selepas diselamatkan dan tindakan anggota bomba berjaya menenangkan wanita tersebut,” katanya.
Ujarnya lagi, wanita warga asing itu kini, berada di bawah pengawasan polis bagi tindakan selanjutnya.
Operasi menyelamatkan mangsa telah berjaya sepenuhnya pada jam 11.03 pagi.
Difahamkan, motif tindakan wanita tersebut kerana berlaku perselisihan dengan mertua majikannya.
Kes bunuh diri sudah banyak dilaporkan kepada masyarakat. Masalah dan tekanan yang dihadapi oleh individu dinasihatkan supaya menghadapinya dengan cara yang baik dan berusaha menyelesaikannya.
Digalakan berjumpa dengan pakar dan kaunselor berbincang tentang masalah yang di hadapai bagi mendapatkan pandangan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE