Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Terowong Dasar Laut Hantui...

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka sesi menjawab Perbahasan Titah Diraja oleh Kementerian Kewangan...

Udin Jawi, Arjuna Diburu

KUALA LUMPUR - Dua lanun warga Indonesia dikenali sebagai Udin Jawi dan Arjuna...

Melampau! Jual Alas Kaki...

JOHOR BAHRU - Perbuatan dua pemilik kedai serbaneka yang menjual ratusan alas kaki...

Stadium Shah Alam Dirobohkan...

SHAH ALAM : Stadium Shah Alam yang bakal digantikan dengan Kompleks Sukan Shah...

Lagi Wartawan Ditembak Mati Tentera Zionis

KEJAM… Tentera Zionis serlah tunjuk belang tanpa perikemanusiaan dengan tindakannya menembak mati seorang wartawan Palestin.

Lapor al-Jazeera, Ahmed Abu Hussein, 24, seorang wartawan yang bekerja untuk stesen radio al-Shaab di Gaza memakai jaket pelindung dengan perkataan ‘MEDIA’ telah ditembak pada 13 April lalu ketika membuat liputan dalam tunjuk perasaan mingguan.

Beberapa gambar yang menunjukkan wartawan tersebut cedera dalam satu tembakan di sempadan Gaza ketika memakai jaket itu telah tular di media sosial.

Pegawai kesihatan memberitahu, beliau cedera parah selepas peluru menembusi bahagian tepi badan mangsa.

Ahmed Abu Hussein telah dikejarkan ke hospital di Gaza, seterusnya ke sebuah hospital di Tebing Barat yang diduduki Israel dan meninggal dunia semalam selepas dihantar ke sebuah hospital di Israel.


Kematian beliau menjadikan jumlah korban keseluruhan warga Palestin dalam tunjuk perasaan berhampiran sempadan itu kepada 38 orang.

Beliau adalah wartawan kedua yang dibunuh oleh tentera Zionis selepas gempar seorang wartawan dari agensi Ain Media, Yaser Murtaja, 30 ditembak mati pada 7 April lalu.

Kira-kira 30,000 penduduk Palestin berarak dan mengadakan tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel, bertujuan menyampaikan mesej mengenai hak pelarian Palestin untuk kembali menduduki tanah mereka, yang diceroboh dan dirampas rejim Zionis. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori