Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jalani Pembedahan Kosmetik, Muka...

PEMBEDAHAN kosmetik di kalangan selebriti Hollywood memang sudah menjadi lumrah dan darah daging...

El Nino: Pengusaha Jagung...

TANAH MERAH - Tujuh puluh pengusaha jagung di Projek Tanaman Jagung Manis Berkelompok...

Lelaki Maut Motosikal Langgar...

IPOH - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar kerbau di Jalan...

Robert Kuok Kekal Individu...

TAN Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai US$11.3 bilion,...

Lagu ‘Fighter’ Lonjak Semangat Amy Kwan Raih Gangsa

GOLD COAST — Kekecewaan gimnas negara, Amy Kwan pada edisi lepas di Glasgow, Scotland, pada 2014, terbayar apabila meraih pingat gangsa dalam acara individu keseluruhan di Sukan Komanwel 2018 di sini hari ini.

Amy, 23, mengakui tidak menjangka pingat tersebut selepas melakukan kesilapan pada persembahan gelung dan bola di Pusat Sukan Tertutup Coomera di sini.

“Selepas empat tahun, usaha saya berbaloi. Saya sendiri terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kerana selepas acara bola dan gelung saya agak kecewa, tidak dapat beri persembahan yang sempurna,” katanya.

Gimnas berusia 23 tahun itu mengumpul mata 51.500 mata keseluruhan dalam empat disiplin iaitu belantan, riben, gelung dan bola.

Emas dimenangi wakil Cyprus, Diamanto Evripidou yang mengumpul 55.750 mata dan perak milik Katherine Uchida dari Kanada dengan mengumpul 52.650 mata.

Semalam, Amy turut menyumbang pingat perak dalam acara berpasukan bersama-sama Izzah Amzan dan Koi Sie Yan.


Amy, yang ditemui selepas tamat persembahan, berkata semangat dan sokongan yang diberikan jurulatih, Lidia Legotina dan Petrina Low banyak membantu beliau mendapatkan keyakinannya kembali.

“Pengurus pasukan saya tunjuk pesanan ringkas (mesej) Petrina yang mengatakan saya tidak patut mengalah sehingga habis persembahan saya. Kata-katanya itu membuat saya berfikir dan bangkit semula,” katanya yang akan mendengar lagu bertajuk ‘Fighter’ nyanyian Christina Aguilera untuk mengurangkan perasaan gemuruh.

Amy juga turut terkesan apabila pihak penganjur tersilap memainkan lagu bagi persembahannya sehingga beliau tidak dapat menangkap reben dengan sempurna.

Katanya, beliau banyak hilang mata pada persembahan tersebut.

Seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan hanya mampu menduduki tangga kelapan selepas mengumpul 48.050 mata. — BERNAMA

Kategori