Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fiesta Belon Udara Panas...

GEORGETOWN - Sepuluh ribu pengunjung membanjiri Padang Polo, di sini untuk menyaksikan Fiesta...

Apa Jua Keputusan, Anuar...

BIAR apa jua keputusan yang dibuat penyanyi, Ziana Zain, adiknya iaitu Anuar Zain...

Pakar Ortopedik Muda Mahu...

ALOR SETAR – Pakar perunding pembedahan ortopedik, Dr. Mohammad Nawar Ariffin yang dicalonkan...

Sharnaaz Ahmad Tegur Wartawan...

BIARPUN pelakon Sharnaaz Ahmad pernah menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak...

Laluan Lama Di Terminal Kuala Kedah Dibuka

ALOR SETAR – Bagi menyelesaikan rungutan penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah dekat sini ke Langkawi, kerajaan negeri bersetuju membuka semula laluan lama menurunkan penumpang yang ditutup sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata pihaknya telah mengarahkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) agar membuka besi penghadang yang dipasang di laluan berkenaan dalam masa terdekat.

Besi penghadang itu dipasang sejak April tahun lalu bagi memberi laluan projek pembinaan parkir bertingkat, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke terminal berkenaan hari ini.

“Saya harap selepas ini penumpang yang hendak ke Langkawi tidak lagi perlu menarik beg yang berat dan banyak dari jarak yang jauh dari jeti sekali gus dapat memudahkan urusan penumpang untuk melancong ke Langkawi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneliti semula laluan menurunkan penumpang tersebut setelah proses penambahbaikan jeti terbabit yang melibatkan peruntukan RM208.9 juta selesai. – BERNAMA

Kategori