Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Syarikat Umrah Berdepan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengurusan umrah yang menyebabkan 147 bakal jemaah umrah...

Esscom Tahan 5,092 PATI...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 5,092 pendatang...

Jangan Sesekali Burukkan Orang...

PERSENGKETAAN yang berlaku antara bekas vokalis kumpulan rock Kristal, Lan serta ahli kumpulan...

Larangan Di Lokasi Tertentu...

JOHOR BAHRU - Cadangan larangan remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya,...

Lawak Mahathir Dakwa Polis, Tentera Biar Dia Dibunuh?

TOHMAHAN Tun Dr. Mahathir Mohamad konon agensi keselamatan termasuk polis dan tentera hanya akan tersedar selepas dirinya dibunuh boleh dianggap sebagai ‘mainan mimpi’ semata-mata.

Malah, diayah jahat Mahathir bahawa pihak polis dan tentera ‘bersubahat’ menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan biar menjadi ‘alat’ kerajaan juga dianggap sebagai tuduhan liar.

Demikian ulas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sambil menegaskan sebagai penjawat awam, pasukan polis dan tentera perlu taat serta menghormati kerajaan pemerintah semasa atau ‘ruling government of the day’.

Jelas beliau, agensi keselamatan seperti polis dan tentera telah dilatih supaya taat kepada negara dan raja-raja Melayu termasuk kerajaan yang mentadbir negara mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

“Polis dan tentera perlu menghormati dan taat kepada semua pemimpin negara bukan sahaja pemimpin terkini tetapi juga bekas-bekas pemimpin. Tidak timbul isu polis dan tentera menyokong bulat-bulat setiap pemimpin.

“Ini kerana kita hanya hormat dan taat sahaja, malah kita ada peraturan tertentu untuk menegur pemimpin,” kata Musa yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan Bukit Aman semasa era pentadbiran Mahathir dahulu.

Tokoh pembangkang itu dilaporkan mengkritik polis dan tentera kerana masih setia tegar menyokong Najib, malah mengatakan agensi itu konon hanya menunggu nyawa pemimpin lain termasuk dirinya dibunuh sebelum tersedar.

“Saya tertanya-tanya adakah polis dan tentera (di Malaysia) sanggup menunggu sesiapa di kalangan kita dibunuh terlebih dulu, termasuk saya, sebelum mereka baru sedar…,” kata Mahathir seperti dipetik portal propembangkang.


Mengulas lanjut, Musa berkata, Mahathir tidak perlu risau dengan keselamatan dirinya kerana senario politik di Malaysia tidaklah terlampau serius sehingga boleh mengakibatkan peristiwa pembunuhan pemimpin tertentu.

“Atas sebab itulah saya selalu menasihati pemimpin supaya tidak mewujudkan politik kebencian kerana sekiranya perkara buruk tersebut berlaku, macam-macam senario boleh terjadi. Nak berpolitik itu memang tidak salah pun.

“Namun dia perlu faham tanggungjawab kepada negara dan adab hormati pemimpin,” ujarnya yang juga anak tokoh agama terkenal, Tan Sri Hassan Azhari. Musa mengetuai polis dari 2006 hingga 2010. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Kategori