Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Saksi Inkues Adib Tidak...

KUALA LUMPUR – Tidak wajar wujudnya niat untuk menyanggah keterangan yang diberikan oleh...

Video: Bintang Prank Youtube...

BAGI netizen yang gemar menonton video prank, nama bintang Youtube Vitaly Zdorovetskiy sememangnya tidak...

Jangan Buat Tak Nampak...

UMNO hampir ditinggalkan rakyat dah ahlinya selepas kalah pada PRU 14 tahun 2018…dulu...

Rain, Isteri Belanja RM5k...

KESEDERHAAN. Itu yang menjadi pilihan pasangan selebriti popular dari Korea Selatan, Rain dan...

Lelaki Dikejar Ke Hospital Selepas Makan Cili Terpedas

INI namanya `pedas gila’. Seorang lelaki yang makan cili paling pedas di dunia, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala yang mencetuskan kepada strok.

Lelaki berusia 34 tahun itu hanya makan satu cili `Carolina Reaper’ dalam pertandingan makan cili berkenaan.

Beberapa hari selepas makan cili itu, dia mengalami sakit kepala dan leher. Apabila sakit berkenaan berterusan, dia terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat.

Menurut pakar, ia merupakan kes pertama dilaporkan melibatkan cili tersebut.

“Dia tidak muntah dan sakit sejurus makan cili terpedas di dunia itu tapi dia mengalami sakit leher dan kepala selepas beberapa hari.

“Pesakit juga mengalami sakit kepala dengan kerap dan ia berlaku selama beberapa saat.


“Apabila kesakitan itu makin teruk, dia terus ke bilik kecemasan. Pesakit memberitahu dia mengalami lemah badan, pertuturan yang tidak jelas dan kabur. Tekanan darahnya adalah 134/69mm Hg,’’ kata doktor yang merawatnya, Dr. Kilothungan Gunasekaran.

Susulan itu, Gunasekaran menasihatkan mereka yang makan cili pedas itu dan mengalami gejala seperti strok, supaya mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin.

Kes itu telah diterbitkan dalam jurnal BMJ Case Reports. – MYNEWSHUB.CC

Kategori