SEORANG lelaki yang sedang memetik sejenis bunga untuk dijadikan minuman keras, maut selepas diserang oleh seekor beruang dan ketika dua lelaki lain cuba membantu, mereka juga terkorban.
Kejadian tersebut berlaku di Orissa, India, dengan mangsa, Nabakishore Nayak, 54, diserang dari belakang oleh beruang terbabit.
Dia maut di tempat kejadian.
Ketika itu, Nayak tidak membawa senjata untuk mempertahankan diri. Anak mangsa yang turut berada di situ, juga diserang dan mengalami kecederaan parah.
Beruang itu bagaimanapun telah dibunuh selepas penduduk memburunya dan kemudian memukulnya hingga mati.
Susulan itu, jabatan hutan telah mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya tidak keluar malam terutama di kawasan yang popular dengan gajah dan beruang. – MYNEWSHUB.CC